LAMBAIAN
CINTA SYUHADA
Sudah hampir dua jam Dira mengurungkan diri dalam
bilik.Tangisannya masih kedengaran.Tersedu-sedu.Belum pernah Dira menangis
seperti itu sebelum ini.Cuaca mendung saat itu
seolah-olah mengerti akan perasaannya.Tapi,kenapa dia menangis? Apa yang
terjadi sebenarnya? Umairah bingung.Dia ingin sekali mengetahui masalah apa
yang dihadapi oleh Dira.
Hujan mulai
turun dengan lebat.Jam menunjukkan pukul 8.15pm.Selepas menyiapkan makan
malam,Umairah menuju ke bilik Dira yang masih berkunci.
“ Dira..
mari makan.” Perlahan suaranya memanggil Dira sambil mengetuk pintu.
“ Dira…” Panggilnya
lagi.Kedengaran bunyi kunci pintu bilik itu dibuka.Dira muncul dengan air mata
yang masih bergenang.Matanya juga kelihatan bengkak.Umairah hanya memberi
senyum yang mengandung makna kasihan,lalu memeluk erat sahabatnya itu.
“Sabarlah,Dira..”
Ucapnya. “ Kita makan dulu,ya.” Sambungnya lagi.
Seusai makan malam,Dira dan Umairah mengambil tempat di
ruang tamu sambil menghirup milo panas.Umairah sedikit-sedikit menjeling ke
arah Dira,berharap Dira akan mula bercerita kepadanya.Tapi lima minit
berlalu,suasana masih sunyi.Umairah mula mendekati Dira.
“Ceritalah
padaku.Aku sedia mendengar dan membantumu.” Kata Umairah.Mata Dira Kelihatan
berkaca-kaca.
“Umai,dia sudah
punya isteri.” Dia mula bersuara.