Search This Blog

Tuesday, November 1, 2011

Kata mutiara sangat memotivasi - Dr. HM TUAH


~ Kata-kata  inspiratif  dari DR.TUAH ~

1.      Bagaimana  pintarnya  seseorang, fikiranya  tidak  akan  mencangkup  semua  persoalan. Bertambah  tingginya  kedudukan  seseorang, bertambah  jelaslah  dimana  kelemahannya.

2.      Menyedari  bahawa  anda  bodoh  adalah  langkah  yang  besar  dalam  mencari  pengetahuan.

3.      Seseorang  yang  mempunyai  kepercayaan  terhadap  sesuatu  perkara, sudah cukup  untuk  menyamai  kehebatan  99  orang  yang  hanya  mempunyai  minat.

4.      Berlakulah  sederhana  pada  sesiapa  juga, hingga  orang  di  bawah  kita  akan  menghargai  orang  yang  di  atas  kita  menyenangi.

5.      Tidak  ada  kekayaan  yang  melebihi  kesihatan  badan, dan  tidak  ada  kegembiraan  yang  melebihi  kesenangan  hati.

6.      Tenaga  untuk  belajar  terpancar  melalui  ketenangan. Sebelum  belajar, letakkan  minda  dalam  wadah  bersedia  dan  mood  yang  positif.

7.      Sesuatu  pekerjaan  yang  dicapai  dengan  bersusah  payah  itu  lebih  nikmat  hasilnya  daripada  sesuatu  hasil  yang  diperolehi  dengan mudah.

8.      Siapa  yang  hanya  membuat  rancangan  adalah  orang  yang  bermimpi. Siapa  yang  hanya  bekerja  adalah hamba  pekerjaan. Tetapi  siapa  yang  bekerja  menurut  rancangan  itulah  yang  akan  memperolehi  kemenangan.

9.      Budi  merangkak, Akal  menjalani, Ikhtiar  memilih, Untung  menyudahi.

10. Mempercayai  diri  anda  lemah  sebelum  terbukti  anda  benar-benar  lemah  adalah  kelemahan  anda  yang  paling  lemah.

11.  Apa  yang  kita  pelajari  hari  ini  mungkin  tidak  berguna  lagi  pada  hari  esok, tetapi  kalau  tidak  belajar  hari  ini  sudah  tentu  kita  akan  menjadi  manusia  yang  sebodoh-bodohnya  pada  hari  esok.

12.  Mengusahakan  sesuatu  adalah  jauh  lebih  baik  daripada  tidak  melakukan  apa-apa, walaupun  adakalanya  yang  diusahakan  itu  gagal.

13.  Lari  dari  musuh, kenapa  tidak  kejar  musuh. Lari  dari  kawan, kenapa  tidak  mendekati  kawan. Lari  dari  kenyataan, kenapa  tidak  kejar  kenyataan.

14.  Ketinggian  iman  itu  adalah  sabar  akan  hukum  ALLAH  dan  rela  dengan  takdir  ALLAH.

15.  Kalahkanlah  musuhmu  dengan  perkataan  yang  lemah  lembut, kerana  perkataan  yang  lemah  lembut  adalah  anak  kunci  hati  manusia. Kemarahan  dan  kekasaran  tidak  akan  membawa  kepada  kemenangan.

16.  Merangkak  tetapi sampai  lebih  baik  dari  berlari  tetapi  putus  di  jalan.

17.  Tanda  akal  seseorang  itu  ialah  pekerjaannya, dan  tanda  ilmu  seseorang  itu  ialah  perkataannya.

18.  Kasihilah musuh  anda  kerana  dia  sudah  menyebutkan  kesalahan  anda.

19.  Orang  yang  sedang  marah-marah  dan  bercakap  kasar  bererti  dia  sedang  menunjukkan  kebodohannya.

20. Kadang-kadang  musuh  yang  selalu  mencela  kita  itu  membuat  kita  terbangun  dari  kelalaian, tetapi  teman  yang  selalu  memuji-muji  kita  itu  membuat  kita  tidak  tahu  diri.


DR. HM TUAH  ISKANDAR  AL-HAJ.