~ Kata-kata inspiratif dari DR.TUAH ~
1.
Bagaimana
pintarnya seseorang,
fikiranya tidak akan
mencangkup semua persoalan. Bertambah tingginya
kedudukan seseorang,
bertambah jelaslah dimana
kelemahannya.
2.
Menyedari
bahawa anda bodoh
adalah langkah yang
besar dalam mencari
pengetahuan.
3.
Seseorang
yang mempunyai kepercayaan
terhadap sesuatu perkara, sudah cukup untuk
menyamai kehebatan 99
orang yang hanya
mempunyai minat.
4.
Berlakulah
sederhana pada sesiapa
juga, hingga orang di
bawah kita akan
menghargai orang yang
di atas kita
menyenangi.
5.
Tidak
ada kekayaan yang
melebihi kesihatan badan, dan
tidak ada kegembiraan
yang melebihi kesenangan
hati.
6.
Tenaga
untuk belajar terpancar
melalui ketenangan. Sebelum belajar, letakkan minda
dalam wadah bersedia
dan mood yang
positif.
7.
Sesuatu
pekerjaan yang dicapai
dengan bersusah payah
itu lebih nikmat
hasilnya daripada sesuatu
hasil yang diperolehi
dengan mudah.
8.
Siapa
yang hanya membuat
rancangan adalah orang
yang bermimpi. Siapa yang
hanya bekerja adalah hamba
pekerjaan. Tetapi siapa yang
bekerja menurut rancangan
itulah yang akan
memperolehi kemenangan.
9.
Budi
merangkak, Akal menjalani,
Ikhtiar memilih, Untung menyudahi.
10. Mempercayai diri
anda lemah sebelum
terbukti anda benar-benar
lemah adalah kelemahan
anda yang paling
lemah.
11. Apa yang
kita pelajari hari
ini mungkin tidak
berguna lagi pada
hari esok, tetapi kalau
tidak belajar hari
ini sudah tentu
kita akan menjadi
manusia yang sebodoh-bodohnya pada
hari esok.
12. Mengusahakan sesuatu
adalah jauh lebih
baik daripada tidak
melakukan apa-apa, walaupun adakalanya
yang diusahakan itu
gagal.
13. Lari dari
musuh, kenapa tidak kejar
musuh. Lari dari kawan, kenapa
tidak mendekati kawan. Lari
dari kenyataan, kenapa tidak
kejar kenyataan.
14. Ketinggian iman
itu adalah sabar
akan hukum ALLAH
dan rela dengan
takdir ALLAH.
15. Kalahkanlah
musuhmu
dengan perkataan yang
lemah lembut, kerana perkataan
yang lemah lembut
adalah anak kunci
hati manusia. Kemarahan dan
kekasaran tidak akan
membawa kepada kemenangan.
16. Merangkak tetapi sampai
lebih baik dari
berlari tetapi putus
di jalan.
17. Tanda akal
seseorang itu ialah
pekerjaannya, dan tanda ilmu
seseorang itu ialah
perkataannya.
18. Kasihilah
musuh anda kerana
dia sudah menyebutkan
kesalahan anda.
19. Orang yang
sedang marah-marah dan
bercakap kasar bererti
dia sedang menunjukkan
kebodohannya.
20. Kadang-kadang musuh
yang selalu mencela
kita itu membuat
kita terbangun dari
kelalaian, tetapi teman yang
selalu memuji-muji kita
itu membuat kita
tidak tahu diri.
DR. HM TUAH ISKANDAR
AL-HAJ.
No comments:
Post a Comment