- ku Menangis kerana sayang -
“ Aku terima
nikahnya Fay Nabila binti
Raof….”
Dengan sempurnanya
ungkapan itu maka
termeterailah sebuah perjanjian
antara dua hamba
Allah, lelaki dan wanita
untuk sehidup semati
dalam ikatan suami
isteri. Selepas cincin bertahta
berlian itu disarungkan
ke jari manisnya
dia mencium tangan
Khai yang kini
menjadi suaminya. Lama.. penuh
makna. Makna bahawa kini
dia telah menjadi
isterinya. Makna bahawa dia
akan tunduk dan
patuh pada suami. Makna
bahawa dia akan
menyerahkan seluruh jiwa
raganya kepada seorang
lelaki bernama Khairul
Amri, yakni suami tercinta. Khai membalas
ciuman itu dengan
memberi kucupan mesra
di dahi Fay. Seketika
kemudian mereka saling
menatap. Masing-masing terharu dengan
apa yang baru
mereka lalui ini.
Majlis persandingan
yang sederhana itu
kelihatan begitu meriah
dengan kehadiran sanak
saudara dan rakan-rakan
mereka. Ucapan dan salaman
tidak henti mereka
terima sehingga majlis
usai. Di sudut ruangan
itu berdiri seorang
lelaki yang pernah
memberi kesan di
hati Fay. Rafi berdiri
sambil memegang segelas
jus oren di
tangan. Matanya terus menatap
pasangan pengantin yang
begitu sibuk bersalaman
dengan tetamu. Dia melangkah
ke depan. Ingin rasanya dia
menyapa pasangan yang
menggores perasaannya itu.
“ Tahniah.
Semoga kamu bahagia.”
Ucap Rafi
sambil menghulurkan tangan. Fay
sedikit terkejut dengan
kehadiran Rafi di
hadapannya. Setahunya dia tidak
mengundang Rafi ke
majlis ini. Dia juga
tidak pernah menemui
lelaki itu lagi
sejak putus dengannya
3 tahun lalu. Khai
menyambut tangan Rafi.
“ Terima kasih.” Balasnya sambil
tersenyum.
Selepas itu Rafi
menggenggam pula tangan
Fay. Erat, sambil menatap penuh
mata bundarnya. Wanita itu
kelihatan sedikit gugup. Mungkin kerana
serpihan cinta terhadap
lelaki itu masih
ada dalam hatinya. Dan
dia tahu Rafi
juga merasa seperti
apa yang dia
rasakan. Perpisahan mereka dulu
adalah kerana orang
tua Rafi yang
tidak merestui. Bukan kerana
mereka saling melukai. Cinta yang
dibina atas ketulusan
hati itu tak
mungkin hilang dalam
sekejap. Fay segera melepaskan
tangannya. Dia tidak mahu
Khai curiga. Dia tidak
mahu Khai terluka. Khai
adalah suaminya. Dia harus
mejaga hati Khai.
Setelah majlis
usai, Khai dan Fay
bersiap untuk berpindah
ke rumah baru. Rumah
yang sudah disiapkan
awal sebelum mereka
menikah, agar mereka dapat
menikmati malam bahagia
hanya berdua. Sekejap saja
malam sudah menjenguk. Suara azan
Isyak seolah memanggil
mereka untuk solat
berdua. Ini adalah solat
jemaah mereka yang
pertama. Sangat indah rasanya.
“
Semoga bahtera rumah
tangga ini akan terus
indah hingga ke
penghujung usia.” Doanya
dalam hati.
Khai mengelus
manja tangan isteri
yang duduk di
sampingnya. Saat Fay memandangnya
dia memberikan signal
cinta dengan kenyitan
mata. Fay hanya tersenyum
dan sedikit tersipu
malu. Semakin lama
mereka semakin hanyut
dalam belaian cinta
malam itu.
Hari berganti
hari. Tanpa sedar sudah
10 bulan mereka
melalui rumah tangga dengan
penuh bahagia. Namun tanda-tanda
mereka akan memiliki
anak belum jua muncul.
Fay sangat resah
dengan keadaan ini. Apalagi
bila melihat suaminya
yang teringin sekali
menjadi seorang ayah.
“
Abang…”
panggilnya manja
sambil mengurut-urut bahu
Khai yang sedang
sibuk menyiapkan proposal.
“
Esok kita gi
jumpa dokter ya.” Kata
Fay.
“
Kenapa? Fay sakit, sayang?” Khai
dengan pantas menoleh ke wajah isterinya.
“
Taklah.. Kita gi jumpa
dokter special, buat check.”
“
mmmm..ingatkan apa tadi. Sabarlah Fay.. Tuhan
belum bagi rezeki.”
“
Tapi kita harus
berikhtiar,kan?”
Pujukan
isteri manjanya itu
tak dapat ditolak
lagi. Keesokan pagi mereka
menemui dokter Syifa, pakar
kandungan. Menurut dokter Syifa
Khai tidak mempunyai
apa-apa masalah.Tapi Fay…
“ Ovari puan dijangkiti
sejenis bacteria.Bakteri ini
menyebabkan Ovari puan tidak
dapat menghasilkan ovum
atau sel telur
yang sihat. Sel-sel telur
yang tidak sihat tidak dapat
disenyawakan dengan sempurna.” Jelas Dokter
Syifa.
“
Innalillah….” Ucap Fay perlahan.
“
Adakah itu bermakna
saya akan mandul
Doter?” Matanya mula berkaca.
“
Untuk kes seperti
ini, risiko mandul sangat
tiggi.”
Hancur luluhlah hati
Fay mendengar kenyataan
itu. Air matanya tak
dapat di tahan
lagi. Esakannya semakin kuat.
“ Sabar,
Fay… Ingat Allah.” Khai cuba
menenangkan isterinya.
Sehabis berdiskusi dengan
Dokter Syifa, Khai membawa
isterinya pulang. Dalam perjalanan
Fay hanya menangis. Tidak sepatahpun
dia bersuara. Malah panggilan
Khai juga tidak
diendahkan. Sesampai di rumah
Khai tidak tinggal, tapi
dia harus segera
ke pejabat untuk
memimpin mesyuarat directors.
“
Fay tak
apa-apa kalau abang
tinggal sebentar..?” Soalnya.
“
Fay tak
apa-apa.. Abang pergilah.” Jawab
Fay. Suaranya lemah.Mungkin kerana lama
menangis. Sebenarnya tidak ingin
rasanya Khai meninggalkan
Fay dalam keadaan
itu. Dia tahu Fay
sangat memerlukannya saat
ini. Tapi tanggungjawab memaksakan
dia harus pergi. Tapi
dia tahu benar
kalau Fay sangat
memahami tugasnya.
Di halaman
rumah Fay termenung
sendiri. Pandanganya di lontarkan
jauh ke hadapan, berharap dia
bisa melihat masa
depan. Apakah rumah
tangganya akan tetap
bahagia? Apakah abang
Khai akan tetap
mencintainya? Apakah mertuanya
bisa menerima? Persoalan-persoalan yang
cukup membuat dia
semakin gelisah. Butiran jernih
dari kelopak matanya
jatuh lagi.
“ Ya
Allah…. UjianMu
ini terlalu berat
kurasakan.Bantulah aku..
Kuatkanlah aku..” Pintanya dalam hati.
Ding! Dong!.. Bunyi
loceng pintu berbunyi.
“
Assalamualaikum..”
“ Walaikumsalam. Eh, ibu. Ada apa
datang malam-malam ni?” Khai
hairan melihat kedatangan
ibunya yang sarat
dengan bekalan makanan
di tangan.
“ Tak boleh ke
ibu datang?”
“
Taklah… Tak bagitahupun nak
datang.
Selalunya siang.”
“
Ni ibu
ada bawa makanan
untuk kamu.”
Fay segera mengambil
bungkusan di tangan
ibu mertuanya. Kebetulan waktu
itu dia sedang
menyiapkan makan malam. Suasana makan
malam hari itu
sedikit meriah dengan
kehadiran Ibu Khai. Maklumlah selalunya
mereka hanya berdua.
“
Macamana, sudah ada tanda-tanda
ibu akan nimang
cucu?” Soal ibunya.
Khai dan Fay
saling berpandangan.
Sebenarnya Fay sangat
takut akan soalan
itu. Tapi sekarang Fay
harus berterus terang.
“ mmmm….
Fay…Fay…..” Suara Fay sedikit
gementar. Belum sempat dia
menghabiskan kata Khai
langsung menyambung.
“
Fay sedang sakit, Ibu.”
“ Sakit?
Sakit apa?”
“
Fay sakit. Ovarinya dijangkiti bacteria. Jadi buat
masa ni Fay
tak boleh hamil
dulu.” Jelas Khai, berharap ibunya
akan menerima dengan
terbuka.
“
Habis tu, bila Fay
boleh sembuh?” Soal ibunya
lagi.
“
Kata dokter belum
boleh ditentukan. Tapi Fay
kini sedang menjalani
rawatan penyembuhan.”
“
hai……nampaknya kempunanlah aku
nak nimang cucu.” Keluh
Ibunya sambil melirik tajam
pada Fay. Fay hanya
tertunduk diam. Dia tahu
ibunya kecewa. Hati ibunya
terluka. Tapi tidak sedalam
luka yang dia
rasakan. Selepas makan malam
Khai menghantar ibunya
pulang. Dalam perjalanan itu
ibunya tak henti
berceloteh. Mengungkap
perasaan kesalnya terhadap
Fay.
“
Ibu ni
bukan apa, Khai. Khai ni
satu-satunya anak ibu. Satu-satunya harapan
ibu untuk meneruskan
keturunan. Kalau Fay betul-betul
tak boleh mengandung
Khai harus nikah
lagi satu.” Tegas
ibunya. Akhirnya apa yang
tersirat di hati
sang ibu kini
terungkap sudah.
“
Astaghfirullahalazim.. Jangan cakap macam
tu ibu. Fay tak
mandul. Fay sakit. Khai cuma
minta doa ibu
untuk kesembuhan Fay..”
Kata Khai penuh
harapan.
Tiga sudah berlalu. Sakit yang
dialami Fay tak
jua kunjung sembuh. Malah
harapan mereka untuk
menuai buah cinta
semakin terkubur tatkala
dokter mengesahkan bahawa
sebelah Ovum Fay
harus dibuang kerana
sel-sel kanser sudah
mula menumbuh. Keadaan Fay
juga semakin kacau. Depresi yang
dialaminya dek penyakit itu
sangat mengganggu kedamaian
rumah tangga mereka. Fay
menjadi sangat sensitive. Dia yang
selama ini ceria
dan sangat manja
menjadi pendiam. Tapi Khai
tetap seperti dulu. Tetap
menyayangi Fay dan
akan selalu mencintainya
seperti awal pernikahan
dulu. Khai terus berusaha
menghibur hati Fay
dan membuatnya sedar
bahawa ini adalah
ujian dari Allah
sebelum mereka diberi
nikmat yang sebesar-besarnya.
“
Fay,sayangku…” Sapanya suatu
petang.
“
Abang tahu Fay
sedih.. Abang tahu Fay
sakit.. Tapi Fay
harus redha. Kerana ini
semua bukan kehendak
kita. Tuan yang empunya
diri kita telah
menulis takdir ini untuk kita
jalani selagi nafas
masih kita hela. Nabi
Daud a.s juga menghidapi
penyakit yang sangat
luar biasa. Tapi kerana
beliau redha dan
sabar maka Allah
telah menyembuhkanya. Nabi Musa
a.s juga telah
menikah dengan isterinya
cukup lama namun
masih tidak punya
anak. Tapi berkat doa
dan tawakkal beliau
akhirnya dikurniakan anak
meski usianya sudah
tidak memungkinkan.” Khai
mengusap-usap lembut rambut
isterinya. Kemudian
menyambung lagi
“
Allah tidak akan
menguji kita di
luar kemampuan kita, sayang. Fay tahu
itu kan. Abang tahu, Fay Nabila,
isteriku yang cantik
ini sangat pintar
dan faham akan
agama.” Tangan Fay digenggamnya
erat. Fay masih tidak
bersuara. Fikiranya melayang mengingat
kejadian semalam, sewaktu Khai
tidak ada di
rumah. Ibu Khai datang
menemuinya.
“ Fay,
Ibu nak
kau minta Khai
untuk menikah lagi.”
Kata ibunya tanpa
ragu. Sedikit membuat hati
Fay terpaku.
“
Apa Ibu?
Menikah lagi??”
“ Ya.”
“ Tak. Abang Khai tak boleh menikah lagi. Fay
tak rela, bu.” Tangisannya
mula terdengar.
“ Kenapa?
Kau mau
mengharamkan poligami? Hei, Fay!
Kau tu
mandul. Tolong sedar sikit
diri kau. Kalau tak
kerana kesian dah
lama aku suruh
Khai ceraikan kau
tau.” Keterus terangan ibunya
itu benar-benar menghiris
perasaannya. Tembok
kesabarannya runtuh kerana
kata-kata itu.