~Hati-hati bila sudah jatuh cinta~
Jatuh cinta..berjuta rasanya… Yang paling indah itulah yang akan kita
rasakan pertama. Saat cinta
bermula, semuanya akan dianggap sempurna. Tiada yang terburuk dalam
dirinya. Di hati kita akan sentiasa berbunga
dan Jiwa berdetak
irama. Itulah CINTA. Indah seindah nama..
Selalunya, apabila Cinta
sudah
bermaharaja kebanyakan kita
akan jadi lupa
dan alpa. Minda seolah dijajah
dek Emosi dan nafsu
amarah yang semakin membelenggu jiwa. Maka di sinilah ujiannya dari sang Maha memiliki
Cinta. Manusia bila dalam
keadaan alpa, dengan mudah Iblis
juga datang menggoda.Merayu dan membisikkan
madah-madah indah untuk
si pemuja cinta.
Tetapi bagi mereka yang
menjujung tinggi sunnah Rasul dan Kalamullah insyaallah pasti takkan tergoyah.
Namun bahaya bagi
mereka yang membiarkan
nafsu cinta menguasai
minda, takut-takut dia akan berkata
“yang salah itu biasa,yang dosa itu indah.”
Na’uzubillah…
Jangan sampai kita
termasuk dari golongan mereka .Cinta itu
memang indah. Tapi biarlah indah kerana Allah! Berhati-hatilah bila
sedang jatuh cinta. Jangan biarkan cinta yang menguasai minda kita, tapi
biarkan minda yang mengawal
dan menguasai
cinta.
-salamCinta,pu3ku_hana-