Search This Blog

Monday, October 31, 2011

Ku menangis kerana ku sayang


-       ku Menangis kerana sayang   -



“ Aku  terima  nikahnya  Fay Nabila  binti  Raof….”

 Dengan  sempurnanya  ungkapan  itu  maka  termeterailah  sebuah  perjanjian  antara  dua  hamba  Allah, lelaki  dan  wanita  untuk  sehidup  semati  dalam  ikatan  suami  isteri. Selepas  cincin  bertahta  berlian  itu  disarungkan  ke  jari  manisnya  dia  mencium  tangan  Khai  yang  kini  menjadi  suaminya. Lama..  penuh  makna. Makna  bahawa  kini  dia  telah  menjadi  isterinya. Makna  bahawa  dia  akan  tunduk  dan  patuh  pada  suami. Makna  bahawa  dia  akan  menyerahkan  seluruh  jiwa  raganya  kepada  seorang  lelaki  bernama  Khairul  Amri, yakni  suami  tercinta. Khai  membalas  ciuman   itu  dengan  memberi  kucupan  mesra  di  dahi  Fay. Seketika  kemudian  mereka  saling  menatap. Masing-masing  terharu  dengan  apa  yang  baru  mereka  lalui  ini.
            Majlis  persandingan  yang  sederhana  itu  kelihatan  begitu  meriah  dengan  kehadiran  sanak  saudara  dan  rakan-rakan  mereka. Ucapan  dan  salaman  tidak  henti  mereka  terima  sehingga  majlis  usai. Di  sudut  ruangan  itu  berdiri  seorang  lelaki  yang  pernah  memberi  kesan  di  hati  Fay. Rafi  berdiri  sambil  memegang  segelas  jus  oren  di  tangan. Matanya  terus  menatap  pasangan  pengantin  yang  begitu  sibuk  bersalaman  dengan  tetamu. Dia  melangkah  ke depan. Ingin  rasanya  dia  menyapa  pasangan  yang  menggores  perasaannya  itu.           
“ Tahniah. Semoga  kamu  bahagia.”
 Ucap  Rafi  sambil  menghulurkan  tangan. Fay  sedikit  terkejut  dengan  kehadiran  Rafi  di  hadapannya. Setahunya  dia  tidak  mengundang  Rafi  ke  majlis  ini. Dia  juga  tidak  pernah  menemui  lelaki  itu  lagi  sejak  putus  dengannya  3  tahun  lalu. Khai  menyambut  tangan  Rafi.   
“ Terima  kasih.” Balasnya  sambil  tersenyum.
Selepas  itu  Rafi  menggenggam  pula  tangan  Fay. Erat, sambil  menatap  penuh  mata  bundarnya. Wanita  itu  kelihatan  sedikit  gugup. Mungkin  kerana  serpihan  cinta  terhadap  lelaki  itu  masih  ada  dalam  hatinya. Dan  dia  tahu  Rafi  juga  merasa  seperti  apa  yang  dia  rasakan. Perpisahan  mereka  dulu  adalah  kerana  orang  tua  Rafi  yang  tidak  merestui. Bukan  kerana  mereka  saling  melukai. Cinta  yang  dibina  atas  ketulusan  hati  itu  tak  mungkin  hilang  dalam  sekejap. Fay  segera  melepaskan  tangannya. Dia  tidak  mahu  Khai  curiga. Dia  tidak  mahu  Khai  terluka. Khai  adalah  suaminya. Dia  harus  mejaga  hati  Khai.
            Setelah  majlis  usai, Khai  dan  Fay  bersiap  untuk  berpindah  ke  rumah  baru. Rumah  yang  sudah  disiapkan  awal  sebelum  mereka  menikah, agar  mereka  dapat  menikmati  malam  bahagia  hanya  berdua. Sekejap  saja  malam  sudah  menjenguk. Suara  azan  Isyak  seolah  memanggil  mereka  untuk  solat  berdua. Ini  adalah  solat  jemaah  mereka  yang  pertama. Sangat  indah  rasanya.
            “ Semoga  bahtera  rumah  tangga ini  akan  terus  indah  hingga  ke  penghujung  usia.”  Doanya  dalam  hati.
            Khai  mengelus  manja  tangan  isteri  yang  duduk  di  sampingnya. Saat   Fay  memandangnya  dia  memberikan  signal  cinta  dengan  kenyitan  mata. Fay  hanya  tersenyum  dan  sedikit  tersipu  malu.  Semakin  lama  mereka  semakin  hanyut   dalam  belaian  cinta   malam  itu.

            Hari  berganti  hari. Tanpa  sedar  sudah  10  bulan  mereka  melalui  rumah tangga  dengan  penuh  bahagia. Namun  tanda-tanda  mereka  akan  memiliki  anak  belum  jua  muncul. Fay  sangat  resah  dengan  keadaan  ini. Apalagi  bila  melihat  suaminya  yang  teringin  sekali  menjadi  seorang  ayah.
            “ Abang…”
 panggilnya  manja  sambil  mengurut-urut  bahu  Khai  yang  sedang  sibuk  menyiapkan  proposal.
            “ Esok  kita  gi  jumpa  dokter  ya.” Kata  Fay.
            “ Kenapa?  Fay  sakit, sayang?”  Khai  dengan  pantas  menoleh  ke  wajah  isterinya.
            “ Taklah.. Kita  gi  jumpa  dokter  special, buat  check.”
            “ mmmm..ingatkan  apa  tadi. Sabarlah  Fay.. Tuhan  belum  bagi  rezeki.”
            “ Tapi  kita  harus  berikhtiar,kan?”
Pujukan  isteri  manjanya  itu  tak  dapat  ditolak  lagi. Keesokan  pagi  mereka  menemui  dokter  Syifa, pakar  kandungan. Menurut  dokter  Syifa  Khai  tidak  mempunyai  apa-apa  masalah.Tapi  Fay…
            “ Ovari  puan  dijangkiti  sejenis  bacteria.Bakteri  ini  menyebabkan  Ovari  puan  tidak  dapat  menghasilkan  ovum  atau  sel  telur  yang  sihat. Sel-sel  telur  yang  tidak  sihat  tidak  dapat  disenyawakan  dengan  sempurna.” Jelas  Dokter  Syifa.
            “ Innalillah….” Ucap  Fay  perlahan.
            “ Adakah  itu  bermakna  saya  akan  mandul  Doter?” Matanya  mula  berkaca.
            “ Untuk  kes  seperti  ini, risiko  mandul  sangat  tiggi.”
Hancur  luluhlah  hati  Fay  mendengar  kenyataan  itu. Air  matanya  tak  dapat  di  tahan  lagi. Esakannya  semakin  kuat.
            “ Sabar, Fay… Ingat  Allah.” Khai  cuba  menenangkan  isterinya. Sehabis  berdiskusi  dengan  Dokter  Syifa, Khai  membawa  isterinya  pulang. Dalam  perjalanan  Fay  hanya  menangis. Tidak  sepatahpun  dia  bersuara. Malah  panggilan  Khai  juga  tidak  diendahkan. Sesampai  di  rumah  Khai  tidak  tinggal, tapi  dia  harus  segera  ke  pejabat  untuk  memimpin  mesyuarat  directors.
            “ Fay  tak  apa-apa  kalau  abang  tinggal  sebentar..?” Soalnya.
            “ Fay  tak  apa-apa.. Abang  pergilah.”  Jawab  Fay. Suaranya  lemah.Mungkin  kerana  lama  menangis. Sebenarnya  tidak  ingin  rasanya  Khai  meninggalkan  Fay  dalam  keadaan  itu. Dia  tahu  Fay  sangat  memerlukannya  saat  ini. Tapi  tanggungjawab  memaksakan  dia  harus  pergi. Tapi  dia  tahu  benar  kalau  Fay  sangat  memahami  tugasnya.
            Di  halaman  rumah  Fay  termenung  sendiri. Pandanganya  di  lontarkan  jauh  ke  hadapan, berharap  dia  bisa  melihat  masa  depan.  Apakah  rumah  tangganya  akan  tetap  bahagia?  Apakah  abang  Khai  akan  tetap  mencintainya?  Apakah  mertuanya  bisa  menerima?  Persoalan-persoalan  yang  cukup  membuat  dia  semakin  gelisah. Butiran  jernih  dari  kelopak  matanya  jatuh  lagi.
            “ Ya Allah…. UjianMu ini  terlalu  berat  kurasakan.Bantulah  aku.. Kuatkanlah  aku..” Pintanya  dalam  hati.

Ding! Dong!.. Bunyi  loceng  pintu  berbunyi.
            “ Assalamualaikum..”
            “ Walaikumsalam. Eh, ibu. Ada  apa  datang  malam-malam ni?”  Khai  hairan  melihat  kedatangan  ibunya  yang  sarat  dengan  bekalan  makanan  di  tangan.
            “ Tak  boleh  ke  ibu  datang?”
            “ Taklah… Tak  bagitahupun  nak  datang. Selalunya  siang.
            “ Ni  ibu  ada  bawa  makanan  untuk   kamu.”
Fay  segera  mengambil  bungkusan  di  tangan  ibu  mertuanya. Kebetulan  waktu  itu  dia  sedang  menyiapkan  makan  malam. Suasana  makan  malam  hari  itu  sedikit  meriah  dengan  kehadiran  Ibu  Khai. Maklumlah  selalunya  mereka  hanya  berdua.
            “ Macamana, sudah  ada  tanda-tanda  ibu  akan  nimang  cucu?”  Soal  ibunya.
Khai  dan  Fay  saling  berpandangan. Sebenarnya  Fay  sangat  takut  akan  soalan  itu. Tapi  sekarang  Fay  harus  berterus  terang.
            “ mmmm…. Fay…Fay…..” Suara  Fay  sedikit  gementar. Belum  sempat  dia  menghabiskan  kata  Khai  langsung  menyambung.
            “ Fay  sedang  sakit, Ibu.”
            “ Sakit? Sakit  apa?”
            “ Fay  sakit. Ovarinya  dijangkiti  bacteria. Jadi  buat  masa  ni  Fay  tak  boleh  hamil  dulu.”  Jelas  Khai, berharap  ibunya  akan  menerima  dengan  terbuka.
            “ Habis  tu, bila  Fay  boleh  sembuh?” Soal  ibunya  lagi.
            “ Kata  dokter  belum  boleh  ditentukan. Tapi  Fay  kini  sedang  menjalani  rawatan  penyembuhan.”
            “ hai……nampaknya  kempunanlah  aku  nak  nimang  cucu.” Keluh  Ibunya sambil  melirik  tajam  pada  Fay. Fay  hanya  tertunduk  diam. Dia  tahu  ibunya  kecewa. Hati  ibunya  terluka. Tapi  tidak  sedalam  luka  yang  dia  rasakan. Selepas  makan  malam  Khai  menghantar  ibunya  pulang. Dalam  perjalanan  itu  ibunya  tak  henti  berceloteh. Mengungkap  perasaan  kesalnya  terhadap  Fay.
            “ Ibu  ni  bukan  apa, Khai. Khai  ni  satu-satunya  anak  ibu. Satu-satunya  harapan  ibu  untuk  meneruskan  keturunan. Kalau  Fay  betul-betul  tak  boleh  mengandung  Khai  harus  nikah  lagi  satu.”  Tegas  ibunya. Akhirnya  apa  yang  tersirat  di  hati  sang  ibu  kini  terungkap  sudah.
            “ Astaghfirullahalazim.. Jangan  cakap  macam  tu  ibu. Fay  tak  mandul. Fay  sakit. Khai  cuma  minta  doa  ibu  untuk  kesembuhan  Fay..”  Kata  Khai  penuh  harapan.


            Tiga  sudah  berlalu. Sakit  yang  dialami  Fay  tak  jua  kunjung  sembuh. Malah  harapan  mereka  untuk  menuai  buah  cinta  semakin  terkubur  tatkala  dokter  mengesahkan  bahawa  sebelah  Ovum  Fay  harus  dibuang  kerana  sel-sel  kanser  sudah  mula  menumbuh. Keadaan  Fay  juga  semakin  kacau. Depresi  yang  dialaminya  dek  penyakit itu  sangat  mengganggu  kedamaian  rumah  tangga  mereka. Fay  menjadi  sangat  sensitive. Dia  yang  selama  ini  ceria  dan  sangat  manja  menjadi  pendiam. Tapi  Khai  tetap  seperti  dulu. Tetap  menyayangi  Fay  dan  akan  selalu  mencintainya  seperti  awal  pernikahan  dulu. Khai  terus  berusaha  menghibur  hati  Fay  dan  membuatnya  sedar  bahawa  ini  adalah  ujian  dari  Allah  sebelum  mereka  diberi  nikmat  yang  sebesar-besarnya.
            “ Fay,sayangku…”  Sapanya  suatu  petang.
            “ Abang  tahu  Fay  sedih.. Abang  tahu  Fay  sakit..  Tapi  Fay  harus  redha. Kerana  ini  semua  bukan  kehendak  kita. Tuan  yang  empunya  diri  kita  telah  menulis  takdir  ini  untuk  kita  jalani  selagi  nafas  masih  kita  hela. Nabi  Daud a.s  juga  menghidapi  penyakit  yang  sangat  luar  biasa. Tapi  kerana  beliau  redha  dan  sabar  maka  Allah  telah  menyembuhkanya. Nabi  Musa  a.s  juga  telah  menikah  dengan  isterinya  cukup  lama  namun  masih  tidak  punya  anak. Tapi  berkat  doa  dan  tawakkal  beliau  akhirnya  dikurniakan  anak  meski  usianya  sudah  tidak  memungkinkan.”  Khai  mengusap-usap  lembut  rambut  isterinya. Kemudian  menyambung  lagi
            “ Allah  tidak  akan  menguji  kita  di  luar  kemampuan  kita, sayang. Fay  tahu  itu kan. Abang  tahu, Fay Nabila, isteriku  yang  cantik  ini  sangat  pintar  dan  faham  akan  agama.” Tangan  Fay  digenggamnya  erat. Fay  masih  tidak  bersuara. Fikiranya  melayang  mengingat  kejadian  semalam, sewaktu  Khai  tidak  ada  di  rumah. Ibu  Khai  datang  menemuinya.
            “ Fay, Ibu  nak  kau  minta  Khai  untuk  menikah  lagi.”  Kata  ibunya  tanpa  ragu. Sedikit  membuat  hati  Fay  terpaku.
            “ Apa  Ibu?  Menikah  lagi??”
            “ Ya.”
            “ Tak. Abang  Khai  tak  boleh  menikah  lagi. Fay  tak  rela, bu.”  Tangisannya  mula  terdengar.
            “ Kenapa? Kau  mau  mengharamkan  poligami? Hei, Fay! Kau  tu  mandul. Tolong  sedar  sikit  diri  kau. Kalau  tak  kerana  kesian  dah  lama  aku  suruh  Khai  ceraikan  kau  tau.” Keterus  terangan  ibunya  itu  benar-benar  menghiris  perasaannya. Tembok  kesabarannya  runtuh  kerana  kata-kata  itu.
            “ Bukan  Fay  yang  menghendaki  keadaan  ini,bu. Fay  juga  tidak  ingin  sakit  ini. Allah  yang  memberikan  takdir  ini. Tolong  jangan  hina  Fay  seperti  itu. Kalau  Fay  mampu  Fay  bisa  berikan  10  anak  untuk  Khai!”  Kemarahannya  benar-benar  memuncak. Kali  ini  dia  ingin  mempertahankan  dirinya. Tidak  mahu  terus  dilecehkan  oleh  ibu  dek  kekurangan  dirinya  saat  itu.
            Lamunannya  terhenti  pabila  Khai  menyapu  lembut  air  mata  yang  jatuh  di  pipinya.
            “ Abang…Fay  mahu  abang  menikah  lagi.”  Kata-kata  keramat  itu  terpaksa  dilontarka  jua.
            “ Tidak,Fay.. Abang  tidak akan  menikah  lagi. Fay  isteri  abang. Fay  akan  tetap  menjadi  satu-satunya  isteri  abang.”
            “ Tapi  Fay  bukan  isteri  yang  sempurna  untuk  abang..”
            “ Meski  di  mata  orang  lain  Fay  tidak  sempurna, tapi  abang  tahu  Fay  adalah  isteri  sentiasa  berusaha  untuk  menjadi  sempurna  buat  abang.”
            “ Ibu  sudah  tidak  redha  Fay  menjadi  isteri  abang. Lepaskanlah  Fay. Fay  mahu  pulang  ke  rumah  orang  tua  Fay.”
Pernyataan  isterinya  itu  membuat  hati  Khai  kalut. Dia  berusaha  memujuk  Fay  agar  tidak  pergi. Namun  keputusan  Fay  sudah  bulat  untuk  melangkah  pergi  buat  sementara  dari  suaminya  itu. Mungkin  saat  ini  dia  lebih  membutuhkan  pelukan  seorang  ibu  untuk  mententeramkan  jiwanya  yang  lara.

            Hari- hari  yang  dilalui  tanpa  Fay  sangat  berat  bagi  Khai. Beban  rindu  yang  membeku  di  hatinya  seperti  sudah  tidak  mampu  lagi  ditanggung. Langkahnya  diatur  perlahan  menuju  ke  masjid  tatkala  azan  maghrib  sayup-sayup  kedengaran. Khai  menghabiskan  waktu  di situ  sehingga  selesai  solat  isyak   dengan  bermunajat  kepada  Allah. Memohon  petunjuk  dan  hidayah-Nya  agar  ada  jalan  untuk  rumah  tangganya  kembali  bahagia.
            “ Assalamualaikum, Khai.”  Sapa  seorang  teman.
Aku  tengok  kau  murung  saja. Ada  apa?”  Soal  Azam, seorang  ustaz  muda  teman  sekuliahnya  dulu.
            “ Bahtera  rumah  tanggaku  kini  digoncang  badai. Aku  takut  tidak  dapat  mempertahankanya.”
            “ Sabarlah,kawan. Allah  sedang  mengujimu. Perselisihan  dalam  rumah  tangga  itu  lumrah. Sedangkan  lidah  lagi  tergigit, apalagi  suami  isteri. Banyakkan  tawakkal  dan  berdoa.InsyaAllah  ada  jalanya. Jika  kau  yakin  dia  adalah  isteri  yang  terbaik  untukmu, usahakan  untuk  tetap  jadi  milikmu.kerana  mungkin  sudah  tidak  ada  lagi  yang  lebih  baik  darinya.”  Ucapan  Azam  itu  benar-benar  mengesankan  dalam  hatinya. Ya! Fay akan  tetap  menjadi milik ku.

            Petang  itu  Khai  bersiap  untuk  bertolak  ke  rumah  Fay. Dia  mahu  menjemput  Fay  pulang. Kereta  dipandu  mengikut  kelajuan  yang  disarankan  pada  papan  tanda  di  tepi  jalan. 20  minit  kemudian  dia  tiba  di  hadapan  rumah  mewah  dua  tingkat milik   Tuan  dan  puan  Raof. Matanya  tertangkap  sepasang  manusia  yang  sedang  duduk  berbual  sambil  menikmati  minum  petang  di  halaman  rumah. Jujur, hatinya  terhiris  dengan  apa  yang  dilihatnya.
            “ Assalamualaikum.” Ucapnya  sesampai  di  hadapan  mereka.
            “ Walaikumsalam. Abang…” Jawab  Fay  sedikit  tercengang  dengan  kehadiran  Khai  di  situ. Khai  dan  Rafi  saling  berpandangan. Agak  lama. Kemudian  Khai  bersuara..
            “ Pulanglah, Fay.. Aku  merinduimu..”  Nadanya  lembut  penuh  makna.
            “ Fay  tak  mahu  pulang  selagi  ibu  tak  redha.” Fay  menunduk.
            “ Meski  ibu  tak  redha  abang  akan  tetap  mempertahankanmu. Tapi  berjanjilah..Fay  akan  setia  berdiri  di  belakang  abang. Kerana  abang  juga  tidak  mampu  berdiri  sendiri  melalui  ujian  ini  tanpamu, Fay.”  Fay  membisu. Kata-kata  Khai  seolah  mematahkan  lidahnya  untuk  membantah.
            “ Kenapa  Fay  harus  pergi  kepada  orang  lain?” Sambung  Khai  lagi, melihat  Rafi  di  sisi  Fay  saat  itu. Dengan  pantas  Fay   menoleh.
            “ Fay  tidak  pergi  kepada  orang  lain  tapi  Fay  dibantu  oleh  orang  lain.” Tegas  Fay. Hatinya  sedikit  terpanah  oleh  pertanyaan  Khai  tadi. Suasana  sunyi  seketika. Sesaat    kemudian  Khai  bersuara  lagi.
            “ Sebegitu  lemahkah  aku  sehingga  tidak  dapat  mengubati  lara  di  hati  isteriku  sendiri..? ”  Setitis  butiran  jernih  jatuh  dari  kelopak  mata  Khai. Tergamam  Fay  dibuatnya. Dia  sangat  terpukul  dengan  ucapan  suaminya  itu. Apalagi  melihat  Khai  menangis  di  hadapanya. Fay  pantas  mendekati  suaminya  lalu  menyapu  air  mata  yang  belum  pernah  dilihatnya  selama  3  tahun  hidup  bersama.
            “ Kenapa  abang  menangis…? Abang  janganlah  menangis …”
            “ Aku  menangis  kerana  ku  sayang. Aku   mencintaimu  Fay.. Aku  takut  kehilanganmu..”
Leburlah  benteng  keegoisan  dalam  hati  Fay  mendengar  ungkapan  itu. Segera  digapainya  tangan  Khai  lalu  menciumnya.
            “ Maafkan  Fay, abang. Ampunkan  Fay  kerana  membuat  hati  abang  terluka.”
Khai  hanya  tersenyum  lalu  merangkul  erat  wanita  amat  dicintainya  itu.

            Malam  itu  mereka  lalui  dengan  indah. Seindah  malam  pertama  mereka  dulu. Apa  yang  diharapkan  hari  esok  menjadi  hari  baru  bagi  mereka  dimana  akan  tersemai  benih  cinta  di  rahim  Fay. Untuk  kesekian  kali  mereka  cuba  berharap.
            Setelah  4  minggu, dokter  mengesahkan  Fay  telah  hamil. Meski  rawan  keguguran  kerana  kondisi  sel  telur  dan  rahim  yang  kurang  baik, namun  khabar  ini  sudah  cukup  membahagiakan  pasangan  itu. Apa  yang  pasti  mereka  berjanji akan  berusaha  menjaga  anugerah  titipan  Ilahi  itu  dengan  sebaik-baiknya.
            Pemandangan  selepas  hujan  memang  cukup  indah. Selain  nyaman  dan  segar, ada  pelangi  yang  menyinar. Persis  seperti  apa  yang  mereka  rasakan  kini. Setelah  rumah  tangga  mereka  hampir  runtuh  digoncang  badai, kini  mereka  diberikan  nikmat  yang  tak  disangka-sangka  berkat  kesabaran  dan  tawakkal  mereka  kepada  Sang  Pencipta. Suasana  indah  itu  dinikmati  di  halaman  rumah  di  atas  buaian. Khai  mendekatkan  wajah  Fay  kepadanya. Sambil  mengusap  lembut  pipi  gebu  isterinya  itu  dia  berkata,

“ Aku  mencitaimu, Fay Nabila…”  Satu  kucupan  penuh  cinta  di dahinya.


                       


                                                Hasil  karya  minda : Suriana @ hana
                                                E-mail                                    : Pu3ku_hana@yahoo.com
                                                                                    pu3kuhanalovers.blogspot.com

No comments:

Post a Comment