Mudahnya kaum
isteri mendapatkan Redha Allah.
Peluklah suami setiap kali dia hendak pergi. Kata
Dr.Fadzilah Kamsah,mengikut kajian, memeluk suami sebelum keluar rumah dapat
memanjangkan usianya. Percaya atau tidak, yang pasti hikmahnya sangatlah besar. Pelukanmu akan membuat hati
suami tenang dan gembira sepanjang hari. Walaupun dia pergi jauh, mindanya akan
sentiasa mengingati kamu berkat pelukanmu tadi.
Hidangkan minuman untuk suami. Wanita yang menunggu suaminya hingga pulang, lalu ia
bersihkan mukanya, lalu dia menyediakan makan minumnya, memandang pada suaminya
dengan mesra, memegang tangannya, lalu menghiasi hidangan makanannya,
memelihara anaknya, memanfaatkan hartanya untuk suaminya mencari keridhaan
Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya, tiap-tiap
langkahnya dan setiap pandangannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan
seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang
wanita mukmin semuanya atas karunia rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai
ke mertabat itu melainkan Nabi-nab
Sentiasa
tersenyum pada suami. Wanita yang melihat suaminya
dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di
pandang Allah dengan penuh rahmat.
Jika wanita memijat suami tanpa disuruh akan mendapat
pahala 7 tola emas dan jika wanita memijat suami bila disuruh akan mendapat
pahala tola perak.
Mencuci pakaian suami.wanita yang mencuci pakaian suami
dan anak-anaknya akan mendapat 1000 kebaikan dan akan diampuni kesalahannya,
bahkan segala sesuatu yang disinari matahari memintakan ampun baginya dan Allah
SWT mengangkat derajatnya 1000 tingkat”.
Bila seorang suami pulang dengan gelisah dan isteri
menghiburnya maka isteri mendapatkan 10 pahala jihad”,
Bermanja dan merendahkan suara dengan suami. Tahukah kamu, lelaki
paling suka pada wanita yang manja. Rasul paling sayang pada isterinya Aisyah
yang manja. Hati suami lentur bila mendengar suara manja isteri. Suami takkan
sanggup marah pada isteri yang manja dan lemah lembut padanya. Suami takkan
pernah murkah tapi sentiasa memberi redha.
Dari
Hadrat Muaz ra.: Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar
roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api,maka
diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.
Wanita
yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan
terbuka pintu-pintu surga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki
dengan tidak dihisab.
Wahai sahabatku,
jika kau telah menikah, maka lepaslah sudah tanggungjawab orang tua terhadapmu.
Mereka tidak lagi berhak mutlak ke atas dirimu, melainkan suami. Kini bahagia
dan derita hidupmu terletak di tangan suami. Ketahuilah, saat ijab qabul telah
di lafazkan maka seluruh jiwa raga mu hak mutlak suami. Redha Allah terhadapmu
bergantung pada redha suami. Bersyukurlah,kerana kini kau lebih mudah meraih
redha Ilahi hanya dengan berbakti kepada suami.
SalamUntukparaIsteri
: pu3ku_hana