Search This Blog

Thursday, November 10, 2011

"Pernikahan"...betapa aku merinduimu


Cerita  hati  seorang  wanita.
            Ku  belek  undangan  itu  berkali-kali. Sesekali  ku usap-usap  kemudian  kupeluk. Dalam  hati  aku berkata
            “ Alangkah  bahagianya  jika  namaku  yang  tercetak  dalam undangan  ini..”
Fikiranku  melayang  seketika. Di  saat  pernikahanku nanti, aku  mahu  memakai  gaun  kebaya  berkombinasi  warna  merah  putih  yang  aku  design  sendiri  untuk  acara  akad  nikah. Pada  malam persandingan  pula, orang-orang akan terpesona melihat aku dan pasanganku dengan gaun indah ala king and queen dalam cerita dongeng barby as a princess of swan lake.  Hai……saat  itu,pasti aku merasa  dunia  ini  bagai  aku  yang punya.
            Lamunanku  hambar  apabila  handphonku  berbunyi. Mesej  dari Nurry.
            “Jangan  lambat  ke  acara  pernikahan  ku  besok, ya.”  Isi  mesejnya.
 Aku  tidak  membalas. Langkahku  perlahan  menuju  ke  baranda  rumah. Menikmati  angin  petang  sambil  ditemani  hanya  secangkir  kopi  hangat. Di  situ, mataku  tertumpu  pada  sebuah  keluarga  yang  sedang  duduk  santai  di  halaman  rumah. Sepasang  anak  mereka  asyik  bermain  bola  manakala  pasangan suami  isteri   itu  pula  tak  lekang  berpegangan  tangan  sambil  tertawa  melihat  telatah  anak-anak. Sungguh  bahagianya  mereka. Dalam  hati  ini  tersimpan  satu  perasaan “Sungguh, aku ingin  seperti  itu.” Ramai  teman-temanku  yang  sudah  menikah. Dan  kini  mungkin  mereka  sedang  menikmati  saat-saat  seperti  apa  yang  ada  di  depan  mataku. Tapi  aku…..entah  bila. Hanya  Allah  yang  tahu.
            Hari  esok  pasti  akan  berlaku  satu  pertemuan  bak  reunion  di  pesta  pernikahan  Nurry  nanti. Dan  masa  itu  aku  sangat  tahu, soalan  itu  akan  menerpaku  lagi.
            “ Hai, Hana.Kau  bila  lagi? Jangan  lambat-lambat, nanti  tak  sempat.” Gelak  tawa  terpecah.
            “ Belum  ada  seru lagi. Mungkin  Tuhan  belum  izinkan.” Jawabku  ringkas. Padahal, andai  mereka  tahu  jeritan  batinku, betapa  aku  ingin  menikah. Aku  ingin  punya  suami. Aku  ingin  punya  anak. Oh, Tuhan.. Engkaulah  yang  lebih  mengerti.
            Setelah  beberapa  cerita  cintaku  berakhir  dengan  pedih, itu  tak  membuat  aku  untuk  berhenti  berharap. Berharap  seseorang  akan  datang  kepada  ku  untuk  memberi  cintanya, cinta  yang  tulus  dan  ikhlas. Akan  kami  kongsi  cerita  suka  dan  duka. Tidak  perlu  sebagai  seorang  kekasih  tapi  sebagai  seorang  suami. Agar  dapat  aku  menikmati  bahagia  bersamanya  dan  mencari  redha  Allah  dengan  berbakti  kepadanya. Jauh  di  dalam  lubuk  hatiku  bersuara
            “ Aduhai  “pernikahan”….betapa  aku  merinduimu…”

                                                                                    Karya hati : pu3ku_hana

No comments:

Post a Comment