Search This Blog

Monday, November 7, 2011

Hati-hati bila sudah jatuh CINTA


~Hati-hati bila sudah jatuh cinta~
Jatuh cinta..berjuta rasanya… Yang paling indah itulah yang akan  kita  rasakan  pertama. Saat cinta bermula, semuanya  akan  dianggap  sempurna. Tiada  yang terburuk  dalam  dirinya. Di  hati kita   akan  sentiasa  berbunga  dan  Jiwa  berdetak  irama. Itulah CINTA. Indah seindah nama.. 
Selalunya, apabila  Cinta  sudah  bermaharaja  kebanyakan  kita  akan  jadi  lupa  dan  alpa. Minda  seolah   dijajah  dek  Emosi  dan  nafsu amarah yang  semakin  membelenggu jiwa. Maka  di sinilah ujiannya dari sang Maha memiliki Cinta. Manusia  bila  dalam  keadaan  alpa, dengan  mudah  Iblis juga datang menggoda.Merayu  dan  membisikkan  madah-madah  indah  untuk  si  pemuja  cinta.
Tetapi  bagi mereka yang menjujung tinggi sunnah Rasul dan Kalamullah insyaallah pasti takkan tergoyah. Namun  bahaya  bagi  mereka  yang  membiarkan  nafsu  cinta  menguasai  minda, takut-takut  dia  akan berkata
“yang salah itu biasa,yang dosa itu indah.”
Na’uzubillah…
Jangan sampai  kita termasuk dari golongan mereka .Cinta  itu  memang indah. Tapi biarlah indah kerana Allah! Berhati-hatilah  bila  sedang  jatuh  cinta. Jangan  biarkan cinta yang menguasai minda  kita, tapi  biarkan   minda   yang   mengawal   dan   menguasai   cinta.


-salamCinta,pu3ku_hana-

Friday, November 4, 2011

Gagal install Adobe Flash Player


Selalu gagal install Adobe Flash Player
November 3, 2011

Apakah  anda  sering  mengalami  masalah tidak boleh  play youtube  video  di  Mozilla  Firefox  anda?  Biasanya  mesej  yang  dipaparkan  adalah  harus  menginstal  Adobe  Flash  Player new  version. Dan  biasanya setelah  cuba  menginstall  akan  berakhir  dengan  pesan “Failed to install. For troubleshooting tips, please see http://www.adobe.com/go/tn_19166″ . Benarkan?
Ini ada  salah  satu  cara  yang  boleh  anda  cuba. Cuba  install browser  dari  Internet  Explorer  pula. Namun  lebih  baik  jika  anda  install  terlebih  dahulu  Google  chrome. http://www.google.com/chrome/intl/id/features.html. klik aja menu “download sekarang”. Inilah dia “Google Chrome” browser yang compatible with windows XP sp2. Setelah  itu  cuba  install  Adobe  Flash  Player. Tapi jangan klik link “get the latest flash player” yang disediakan di youtube. Tunggu sampai pesan baris dibawah textbox Chrome muncul perintah “google need to install plug-in”. Ini baru boleh diklik. Setelah itu tutup aplikasi Chromenya, kemudian lanjutkan install plug-in (menunya otomatis muncul setelah klik pesan berisi perintah tadi). And, Finally, good news come: “Installation of flash-player plug-in complete”. Mudahkan?

Anda  juga  bisa  mencuba  cara  ini.