Search This Blog

Showing posts with label cerpen sentimental. Show all posts
Showing posts with label cerpen sentimental. Show all posts

Monday, October 31, 2011

Ku menangis kerana ku sayang


-       ku Menangis kerana sayang   -



“ Aku  terima  nikahnya  Fay Nabila  binti  Raof….”

 Dengan  sempurnanya  ungkapan  itu  maka  termeterailah  sebuah  perjanjian  antara  dua  hamba  Allah, lelaki  dan  wanita  untuk  sehidup  semati  dalam  ikatan  suami  isteri. Selepas  cincin  bertahta  berlian  itu  disarungkan  ke  jari  manisnya  dia  mencium  tangan  Khai  yang  kini  menjadi  suaminya. Lama..  penuh  makna. Makna  bahawa  kini  dia  telah  menjadi  isterinya. Makna  bahawa  dia  akan  tunduk  dan  patuh  pada  suami. Makna  bahawa  dia  akan  menyerahkan  seluruh  jiwa  raganya  kepada  seorang  lelaki  bernama  Khairul  Amri, yakni  suami  tercinta. Khai  membalas  ciuman   itu  dengan  memberi  kucupan  mesra  di  dahi  Fay. Seketika  kemudian  mereka  saling  menatap. Masing-masing  terharu  dengan  apa  yang  baru  mereka  lalui  ini.
            Majlis  persandingan  yang  sederhana  itu  kelihatan  begitu  meriah  dengan  kehadiran  sanak  saudara  dan  rakan-rakan  mereka. Ucapan  dan  salaman  tidak  henti  mereka  terima  sehingga  majlis  usai. Di  sudut  ruangan  itu  berdiri  seorang  lelaki  yang  pernah  memberi  kesan  di  hati  Fay. Rafi  berdiri  sambil  memegang  segelas  jus  oren  di  tangan. Matanya  terus  menatap  pasangan  pengantin  yang  begitu  sibuk  bersalaman  dengan  tetamu. Dia  melangkah  ke depan. Ingin  rasanya  dia  menyapa  pasangan  yang  menggores  perasaannya  itu.           
“ Tahniah. Semoga  kamu  bahagia.”
 Ucap  Rafi  sambil  menghulurkan  tangan. Fay  sedikit  terkejut  dengan  kehadiran  Rafi  di  hadapannya. Setahunya  dia  tidak  mengundang  Rafi  ke  majlis  ini. Dia  juga  tidak  pernah  menemui  lelaki  itu  lagi  sejak  putus  dengannya  3  tahun  lalu. Khai  menyambut  tangan  Rafi.   
“ Terima  kasih.” Balasnya  sambil  tersenyum.
Selepas  itu  Rafi  menggenggam  pula  tangan  Fay. Erat, sambil  menatap  penuh  mata  bundarnya. Wanita  itu  kelihatan  sedikit  gugup. Mungkin  kerana  serpihan  cinta  terhadap  lelaki  itu  masih  ada  dalam  hatinya. Dan  dia  tahu  Rafi  juga  merasa  seperti  apa  yang  dia  rasakan. Perpisahan  mereka  dulu  adalah  kerana  orang  tua  Rafi  yang  tidak  merestui. Bukan  kerana  mereka  saling  melukai. Cinta  yang  dibina  atas  ketulusan  hati  itu  tak  mungkin  hilang  dalam  sekejap. Fay  segera  melepaskan  tangannya. Dia  tidak  mahu  Khai  curiga. Dia  tidak  mahu  Khai  terluka. Khai  adalah  suaminya. Dia  harus  mejaga  hati  Khai.
            Setelah  majlis  usai, Khai  dan  Fay  bersiap  untuk  berpindah  ke  rumah  baru. Rumah  yang  sudah  disiapkan  awal  sebelum  mereka  menikah, agar  mereka  dapat  menikmati  malam  bahagia  hanya  berdua. Sekejap  saja  malam  sudah  menjenguk. Suara  azan  Isyak  seolah  memanggil  mereka  untuk  solat  berdua. Ini  adalah  solat  jemaah  mereka  yang  pertama. Sangat  indah  rasanya.
            “ Semoga  bahtera  rumah  tangga ini  akan  terus  indah  hingga  ke  penghujung  usia.”  Doanya  dalam  hati.
            Khai  mengelus  manja  tangan  isteri  yang  duduk  di  sampingnya. Saat   Fay  memandangnya  dia  memberikan  signal  cinta  dengan  kenyitan  mata. Fay  hanya  tersenyum  dan  sedikit  tersipu  malu.  Semakin  lama  mereka  semakin  hanyut   dalam  belaian  cinta   malam  itu.

            Hari  berganti  hari. Tanpa  sedar  sudah  10  bulan  mereka  melalui  rumah tangga  dengan  penuh  bahagia. Namun  tanda-tanda  mereka  akan  memiliki  anak  belum  jua  muncul. Fay  sangat  resah  dengan  keadaan  ini. Apalagi  bila  melihat  suaminya  yang  teringin  sekali  menjadi  seorang  ayah.
            “ Abang…”
 panggilnya  manja  sambil  mengurut-urut  bahu  Khai  yang  sedang  sibuk  menyiapkan  proposal.
            “ Esok  kita  gi  jumpa  dokter  ya.” Kata  Fay.
            “ Kenapa?  Fay  sakit, sayang?”  Khai  dengan  pantas  menoleh  ke  wajah  isterinya.
            “ Taklah.. Kita  gi  jumpa  dokter  special, buat  check.”
            “ mmmm..ingatkan  apa  tadi. Sabarlah  Fay.. Tuhan  belum  bagi  rezeki.”
            “ Tapi  kita  harus  berikhtiar,kan?”
Pujukan  isteri  manjanya  itu  tak  dapat  ditolak  lagi. Keesokan  pagi  mereka  menemui  dokter  Syifa, pakar  kandungan. Menurut  dokter  Syifa  Khai  tidak  mempunyai  apa-apa  masalah.Tapi  Fay…
            “ Ovari  puan  dijangkiti  sejenis  bacteria.Bakteri  ini  menyebabkan  Ovari  puan  tidak  dapat  menghasilkan  ovum  atau  sel  telur  yang  sihat. Sel-sel  telur  yang  tidak  sihat  tidak  dapat  disenyawakan  dengan  sempurna.” Jelas  Dokter  Syifa.
            “ Innalillah….” Ucap  Fay  perlahan.
            “ Adakah  itu  bermakna  saya  akan  mandul  Doter?” Matanya  mula  berkaca.
            “ Untuk  kes  seperti  ini, risiko  mandul  sangat  tiggi.”
Hancur  luluhlah  hati  Fay  mendengar  kenyataan  itu. Air  matanya  tak  dapat  di  tahan  lagi. Esakannya  semakin  kuat.
            “ Sabar, Fay… Ingat  Allah.” Khai  cuba  menenangkan  isterinya. Sehabis  berdiskusi  dengan  Dokter  Syifa, Khai  membawa  isterinya  pulang. Dalam  perjalanan  Fay  hanya  menangis. Tidak  sepatahpun  dia  bersuara. Malah  panggilan  Khai  juga  tidak  diendahkan. Sesampai  di  rumah  Khai  tidak  tinggal, tapi  dia  harus  segera  ke  pejabat  untuk  memimpin  mesyuarat  directors.
            “ Fay  tak  apa-apa  kalau  abang  tinggal  sebentar..?” Soalnya.
            “ Fay  tak  apa-apa.. Abang  pergilah.”  Jawab  Fay. Suaranya  lemah.Mungkin  kerana  lama  menangis. Sebenarnya  tidak  ingin  rasanya  Khai  meninggalkan  Fay  dalam  keadaan  itu. Dia  tahu  Fay  sangat  memerlukannya  saat  ini. Tapi  tanggungjawab  memaksakan  dia  harus  pergi. Tapi  dia  tahu  benar  kalau  Fay  sangat  memahami  tugasnya.
            Di  halaman  rumah  Fay  termenung  sendiri. Pandanganya  di  lontarkan  jauh  ke  hadapan, berharap  dia  bisa  melihat  masa  depan.  Apakah  rumah  tangganya  akan  tetap  bahagia?  Apakah  abang  Khai  akan  tetap  mencintainya?  Apakah  mertuanya  bisa  menerima?  Persoalan-persoalan  yang  cukup  membuat  dia  semakin  gelisah. Butiran  jernih  dari  kelopak  matanya  jatuh  lagi.
            “ Ya Allah…. UjianMu ini  terlalu  berat  kurasakan.Bantulah  aku.. Kuatkanlah  aku..” Pintanya  dalam  hati.

Ding! Dong!.. Bunyi  loceng  pintu  berbunyi.
            “ Assalamualaikum..”
            “ Walaikumsalam. Eh, ibu. Ada  apa  datang  malam-malam ni?”  Khai  hairan  melihat  kedatangan  ibunya  yang  sarat  dengan  bekalan  makanan  di  tangan.
            “ Tak  boleh  ke  ibu  datang?”
            “ Taklah… Tak  bagitahupun  nak  datang. Selalunya  siang.
            “ Ni  ibu  ada  bawa  makanan  untuk   kamu.”
Fay  segera  mengambil  bungkusan  di  tangan  ibu  mertuanya. Kebetulan  waktu  itu  dia  sedang  menyiapkan  makan  malam. Suasana  makan  malam  hari  itu  sedikit  meriah  dengan  kehadiran  Ibu  Khai. Maklumlah  selalunya  mereka  hanya  berdua.
            “ Macamana, sudah  ada  tanda-tanda  ibu  akan  nimang  cucu?”  Soal  ibunya.
Khai  dan  Fay  saling  berpandangan. Sebenarnya  Fay  sangat  takut  akan  soalan  itu. Tapi  sekarang  Fay  harus  berterus  terang.
            “ mmmm…. Fay…Fay…..” Suara  Fay  sedikit  gementar. Belum  sempat  dia  menghabiskan  kata  Khai  langsung  menyambung.
            “ Fay  sedang  sakit, Ibu.”
            “ Sakit? Sakit  apa?”
            “ Fay  sakit. Ovarinya  dijangkiti  bacteria. Jadi  buat  masa  ni  Fay  tak  boleh  hamil  dulu.”  Jelas  Khai, berharap  ibunya  akan  menerima  dengan  terbuka.
            “ Habis  tu, bila  Fay  boleh  sembuh?” Soal  ibunya  lagi.
            “ Kata  dokter  belum  boleh  ditentukan. Tapi  Fay  kini  sedang  menjalani  rawatan  penyembuhan.”
            “ hai……nampaknya  kempunanlah  aku  nak  nimang  cucu.” Keluh  Ibunya sambil  melirik  tajam  pada  Fay. Fay  hanya  tertunduk  diam. Dia  tahu  ibunya  kecewa. Hati  ibunya  terluka. Tapi  tidak  sedalam  luka  yang  dia  rasakan. Selepas  makan  malam  Khai  menghantar  ibunya  pulang. Dalam  perjalanan  itu  ibunya  tak  henti  berceloteh. Mengungkap  perasaan  kesalnya  terhadap  Fay.
            “ Ibu  ni  bukan  apa, Khai. Khai  ni  satu-satunya  anak  ibu. Satu-satunya  harapan  ibu  untuk  meneruskan  keturunan. Kalau  Fay  betul-betul  tak  boleh  mengandung  Khai  harus  nikah  lagi  satu.”  Tegas  ibunya. Akhirnya  apa  yang  tersirat  di  hati  sang  ibu  kini  terungkap  sudah.
            “ Astaghfirullahalazim.. Jangan  cakap  macam  tu  ibu. Fay  tak  mandul. Fay  sakit. Khai  cuma  minta  doa  ibu  untuk  kesembuhan  Fay..”  Kata  Khai  penuh  harapan.


            Tiga  sudah  berlalu. Sakit  yang  dialami  Fay  tak  jua  kunjung  sembuh. Malah  harapan  mereka  untuk  menuai  buah  cinta  semakin  terkubur  tatkala  dokter  mengesahkan  bahawa  sebelah  Ovum  Fay  harus  dibuang  kerana  sel-sel  kanser  sudah  mula  menumbuh. Keadaan  Fay  juga  semakin  kacau. Depresi  yang  dialaminya  dek  penyakit itu  sangat  mengganggu  kedamaian  rumah  tangga  mereka. Fay  menjadi  sangat  sensitive. Dia  yang  selama  ini  ceria  dan  sangat  manja  menjadi  pendiam. Tapi  Khai  tetap  seperti  dulu. Tetap  menyayangi  Fay  dan  akan  selalu  mencintainya  seperti  awal  pernikahan  dulu. Khai  terus  berusaha  menghibur  hati  Fay  dan  membuatnya  sedar  bahawa  ini  adalah  ujian  dari  Allah  sebelum  mereka  diberi  nikmat  yang  sebesar-besarnya.
            “ Fay,sayangku…”  Sapanya  suatu  petang.
            “ Abang  tahu  Fay  sedih.. Abang  tahu  Fay  sakit..  Tapi  Fay  harus  redha. Kerana  ini  semua  bukan  kehendak  kita. Tuan  yang  empunya  diri  kita  telah  menulis  takdir  ini  untuk  kita  jalani  selagi  nafas  masih  kita  hela. Nabi  Daud a.s  juga  menghidapi  penyakit  yang  sangat  luar  biasa. Tapi  kerana  beliau  redha  dan  sabar  maka  Allah  telah  menyembuhkanya. Nabi  Musa  a.s  juga  telah  menikah  dengan  isterinya  cukup  lama  namun  masih  tidak  punya  anak. Tapi  berkat  doa  dan  tawakkal  beliau  akhirnya  dikurniakan  anak  meski  usianya  sudah  tidak  memungkinkan.”  Khai  mengusap-usap  lembut  rambut  isterinya. Kemudian  menyambung  lagi
            “ Allah  tidak  akan  menguji  kita  di  luar  kemampuan  kita, sayang. Fay  tahu  itu kan. Abang  tahu, Fay Nabila, isteriku  yang  cantik  ini  sangat  pintar  dan  faham  akan  agama.” Tangan  Fay  digenggamnya  erat. Fay  masih  tidak  bersuara. Fikiranya  melayang  mengingat  kejadian  semalam, sewaktu  Khai  tidak  ada  di  rumah. Ibu  Khai  datang  menemuinya.
            “ Fay, Ibu  nak  kau  minta  Khai  untuk  menikah  lagi.”  Kata  ibunya  tanpa  ragu. Sedikit  membuat  hati  Fay  terpaku.
            “ Apa  Ibu?  Menikah  lagi??”
            “ Ya.”
            “ Tak. Abang  Khai  tak  boleh  menikah  lagi. Fay  tak  rela, bu.”  Tangisannya  mula  terdengar.
            “ Kenapa? Kau  mau  mengharamkan  poligami? Hei, Fay! Kau  tu  mandul. Tolong  sedar  sikit  diri  kau. Kalau  tak  kerana  kesian  dah  lama  aku  suruh  Khai  ceraikan  kau  tau.” Keterus  terangan  ibunya  itu  benar-benar  menghiris  perasaannya. Tembok  kesabarannya  runtuh  kerana  kata-kata  itu.

Wednesday, October 26, 2011

Lambaian cinta Syuhada


LAMBAIAN CINTA SYUHADA

Sudah hampir dua jam Dira mengurungkan diri dalam bilik.Tangisannya masih kedengaran.Tersedu-sedu.Belum pernah Dira menangis seperti itu sebelum ini.Cuaca mendung saat itu  seolah-olah mengerti akan perasaannya.Tapi,kenapa dia menangis? Apa yang terjadi sebenarnya? Umairah bingung.Dia ingin sekali mengetahui masalah apa yang dihadapi oleh Dira.
            Hujan mulai turun dengan lebat.Jam menunjukkan pukul 8.15pm.Selepas menyiapkan makan malam,Umairah menuju ke bilik Dira yang masih berkunci.
            “ Dira.. mari makan.” Perlahan suaranya memanggil Dira sambil mengetuk pintu.
            “ Dira…” Panggilnya lagi.Kedengaran bunyi kunci pintu bilik itu dibuka.Dira muncul dengan air mata yang masih bergenang.Matanya juga kelihatan bengkak.Umairah hanya memberi senyum yang mengandung makna kasihan,lalu memeluk erat sahabatnya itu.
            “Sabarlah,Dira..” Ucapnya. “ Kita makan dulu,ya.” Sambungnya lagi.
Seusai makan malam,Dira dan Umairah mengambil tempat di ruang tamu sambil menghirup milo panas.Umairah sedikit-sedikit menjeling ke arah Dira,berharap Dira akan mula bercerita kepadanya.Tapi lima minit berlalu,suasana masih sunyi.Umairah mula mendekati Dira.
            “Ceritalah padaku.Aku sedia mendengar dan membantumu.” Kata Umairah.Mata Dira Kelihatan berkaca-kaca.
            “Umai,dia sudah punya isteri.” Dia mula bersuara.

Monday, October 24, 2011

Kata Maaf Terakhir

  .
-  Kata Maaf Terakhir -

M
alam ini Haris tidak keluar.Dia balik seawal pukul 8 malam.Selalunya selepas waktu kerja Haris akan berpeleseran dulu bersama Kuza dan kawan-kawanya yang lain sebelum pulang ke rumah pada waktu dini hari. Puan Zainab dan Encik Mukhsin sedikit hairan melihat kelainan yang berlaku pada anak mereka malam itu.
            “Hari ni ada perintah berkurungkah,ris?” Kata ibunya.Haris menjeling.Hatinya tercuit dengan sindiran itu.
            “Umi menyinggung Haris ya”  Muncung bibirnya bernada manja seperti anak kecil.
            “ Baguslah kalau Haris seperti ini selalu.Umi dan ayah tak perlu berkerut dahi setiap hari mengkawatirkan Haris.” Kata ibunya lagi disertai ketawa kecil.
“Oh ya.hujung minggu ni Haris jangan kemana-mana ya.Ada tetamu agung nak datang.” Sambung ibunya.
“Siapa,Umi?”
“Adalah.”
Hatinya berteka-teki sendiri.Siapa tamu agung yang akan bertamu ke rumahnya hujung munggu ni? Ah! Mungkin bukan siapa-siapa.
            Seperti yang telah diingatkan ibunya,hari minggu itu dia tak kemana-kemana.Handphonnya tak henti berdering sejak pagi tadi.Panggilan daripada Halim,Taufik,Kairul bahkan Kuza tidak diendahkan semata-mata ingin menemui tetamu istimewa yang dikatakan ibunya itu.Hari semakin meninggi.Ibu dan mbah Yam,pembantu rumah mereka sibuk menyiapkan makan tengahari di dapur.Ayahnya pula masih belum balik sejak keluar untuk menghadiri mesyuarat mendadak pagi tadi.Haris hanya duduk termangu di hadapan TV.Bosan!! itulah yang dia rasakan.
            Lebih kurang pukul satu petang loceng pintu berbunyi.
            “Assalamualaikum.” Suara wanita di luar.
            “Walaikumsalam warahmatullah.” Jawab ibunya sambil membuka daun pintu.Puan Syarifah bersama anaknya datang dengan buah tangan yang agak istimewa.Mereka terus saja dijemput ke meja makan memandangkan kedatangan mereka bertepatan dengan waktu makan tengahari.
            “Haris,ini puan Syarifah.Teman lama umi.Yang manis itu pula anaknya,Lia.”
Ibu haris memperkenalkan tamu istimewa yang dikatakanya itu.Mereka menikmati makan tengahari sambil bercerita panjang.Suara gelak tawa kedua ibu itu tidak pernah lekang sejak tadi.Seolah-olah mereka terlalu rindu setelah lama tak bertemu.Sedangkan Haris dan Lia lebih banyak berdiam.Hanya sesekali mereka bertanya tentang pekerjaan antara satu sama lain.Tidak banyak perkara yang mereka bualkan sehingga petang tiba dan merekapun meminta diri untuk pulang.Kedatangan dua beranak itu sedikitpun tidak menarik perhatian Haris.Dia hanya bersikap selamba dan sesekali menunjukkan rasa bosan.
                
                 Sejak pertemuan hari itu,setiap hari yang berlalu ibunya tak pernah jenuh bercerita tentang Lia.Sehinggalah suatu hari Haris begitu terkejut dengan ucapan ibunya yang ingin melamar gadis berdarah arab itu untuknya.Sungguh hatinya sangat berat karena dia sudah mempunyai pilihan hati.Tapi dia tetap harus  menerima Lia sebagai isterinya kerana itu adalah permintaan ayahnya sebelum menghembuskan nafas terakhir seminggu sebelum pernikahan mereka.
                 Berpekan-pekan sudah mereka menjalani hidup bersama di bawah satu bumbung.Tapi kehidupan mereka tidak  pernah terasa seperti kehidupan rumah tangga yang sesungguhnya.Tidak ada ucapan sayang,tidak ada pelukan mesra,tidak ada senda tawa di antara mereka.Sedangkan Lia telah berusaha menarik perhatian suaminya agar kesuraman tidak lagi menyelubungi singgahsana mereka.Tapi semuanya sia-sia.Dalam hatinya Kuza masih tetap menjadi ratu.
Malam semakin larut.Selepas menghantar Kuza tadi,Haris tidak terus pulang ke rumah.Saat ini dia amat memerlukan waktu untuk menenangkan jiwa.Avanza putih yang dipandunya meluncur laju di dada jalan.Perasaannya masih belum stabil.Kemarahannya pada Lia masih belum hilang.Peristiwa pertengkaran yang berlaku antara Lia dan Kuza petang tadi sangat mengacau fikiran dan hatinya.Tidak pernah dia melihat Lia bertindak emosional seperti itu selama ini.
            “ Tolong jaga ucapanmu.Jangan berkata sembarangan!” Kata Lia sambil menudingkan jarinya ke arah Kuza.
            “ Memang benarkan.Kamu itu perempuan murahan.Kamu tahu Haris tidak mahu menikahi kamu tapi kamu tetap menggoda dia sampai akhirnya dia terpaksa nikah dengan kamu!”
Lancang mulut Kuza menuduh.Lalu ‘ Pakkk! ’ satu tamparan hinggap di pipinya.Haris yang berada di belakang Kuza pantas menarik tangan Lia sedikit menjauhi Kuza lalu berkata
            “Sekali lagi kamu berani melakukan itu pada Kuza,aku takkan segan-segan lagi berlaku kasar pada mu!.”
Nadanya keras.Luluh hati Lia mendengar ucapan suaminya itu.Dia benar-benar tak sangka suaminya akan membela wanita lain berbanding isterinya sendiri.Dia menangis dan berlalu ke bilik meninggalkan mereka.
            Haris melirik jam tangannya.Sudah pukul 11.30pm.Tapi hatinya masih enggan untuk pulang.Dia tahu Lia pasti sedang menunggunya di rumah.Meskipun selama ini dia sentiasa bersikap dingin pada Lia,tapi wanita  itu tetap setia menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri yang baik.Tidak pernah walau sekalipun Lia menunjukkan rasa kesal terhadap sikap Haris kepadanya selama ini.Tapi itu semua masih belum dapat menggetarkan hati Haris untuk mencintai dan menerima Lia dalam hidupnya meski telah 9 bulan mereka bernikah.
            Haris melepaskan keluhan panjang.kereta yang dipandunya berhenti berdekatan Taman Tasik Perdana.Sudah jam selewat ini kelihatan masih ramai anak-anak muda yang berkeliaran di kawasan ini.Dan tidak kurang pula yang bermadu kasih di bawah pohon-pohon rendang yang ada di taman itu.Kebetulan bulan malam itu bersinar penuh.Setiap pasangan kekasih yang ada bagai disirami cahaya cinta.
            Haris terkenang memori indah dia dan Kuza.Di taman itulah mereka sering menghabiskan waktu berdua.Berjalan-jalan sambil menikmati aiskrim coklat kegemaran mereka.Di taman itulah janji mereka terucap untuk hidup bersama.
            “Za,abang cintakan Za.Tiada wanita lain yang boleh menggantikan Za di hati abang. ” Madah indah yang diucapkannya pada Kuza malam itu.
            “Oh ya? Apa buktinya?” Tanya Kuza.
            “Za tak percaya abang? Ok.Hujung tahun ni abang akan hantar rombongan untuk melamar Za,gimana?”
Pertanyaan itu membuat Kuza tersenyum.Sebenarnya dia hanya ingin memancing ketegasan Haris dalam hubungan mereka dan bukan kerana ketidakpercayaannya pada Haris.Dan reaksi Haris itu menunjukkan dia komitmen untuk menjadikan hubungan mereka lebih utuh.Spontan Haris mencubit manja pipinya.
Tapi sayang rencana mereka untuk hidup bersama tidak seiring dengan rencana tuhan.Umi dan ayahnya lebih dulu telah melamar Lia untuknya meski telah dibantahnya berkali-kali.
“Haris tidak mahu menikahi Lia,umi.Haris tak cintakan dia.” Tegasnya.Hatinya betul-betul berkecamuk tatkala mengetahui dia akan menikah dengan gadis yang tak pernah tergambar dalam fikirannya selama ini.
“Cinta itu boleh dibentuk setelah menikah,nak.Yang penting akhlak dan budi pekertinya.Lia itu cukup sempurna untuk mu.Dia akan menjadi penyejuk hatimu kelak.Percayakan Umi.” Pujuk ibunya.
“Macamana Haris akan bahagia kalau dalam hati Haris tidak ada rasa cinta walau sekelumitpun pada dia? Lia seorang yang religious sedangkan Haris sangat bertentangan perilaku dan fikiran dengannya.Apakah kami akan bahagia? Haris takut tak dapat menghadirkan kebahagiaan itu dalam rumah tangga kami nanti bukan hanya untuk diri Haris tapi untuk Lia juga ,Umi.”
 Ucapannya mengungkapkan rasa kesal yang mendalam dalam hati.Namun ungkapan itu tetap tidak dapat mengubah pilihan hati ibunya.


Hujan  mulai turun.Setiap pengunjung yang ada juga mula meninggalkan taman.Haris turut beredar.Setiba di rumah,matanya tertumpu pada susuk tubuh wanita yang kelihatan sungguh lena di atas sofa di ruang tamu.Dia melabuhkan punggungnya di atas sofa yang bertentangan.Diperhatikannya wajah isterinya itu.
“Nuralia Syakira.Cantik.Manis bertudung litup.Punya pendidikan yang tinggi.Juga berasal dari keturunan terhormat.Tapi kenapa aku masih tidak terdetik untuk mencintaimu?”
Bisik hati kecilnya.Hampir setahun sudah usia pernikahan mereka,namun rumah tangga mereka masih tetap disulami sikap dingin Haris pada Lia.Selama tempoh itu juga dia masih belum pernah menyentuh Lia di kamar tidur.Setiap hari dia pulang selarut pukul 1 atau 2 pagi dan akan terlelap di atas sofa atau di dalam bilik tapi di atas lantai beralas karpet.
Suara azan yang berkumandang subuh itu mengejutkan Lia dari tidur.Dia mengalihkan selimut yang menutupi tubuhnya.Dia berfikir sejenak.
‘Aku tidak memakai selimut malam tadi.Tapi selimut ini….  Ah! Mungkin abang Haris yang memakaikanya untukku.’ Dia tersenyum.Dilihatnya Haris sangat lena di atas lantai Dia melangkah ke kamar mandi untuk mengambil wuduk sebelum mambangunkan Haris untuk solat subuh.Sehabis itu dia perlahan-lahan menghampiri Haris.
“Abang…subuh bang.” Bahu Haris ditepuk-tepuknya perlahan.
“Subuh awal lagilah.Aku masuk kerja pukul 8!!” Kata Haris bernada marah.
“Solat subuh bang..” Lia sekali lagi membangunkan suaminya.Namun tidak juga dipedulikan.Dengan keluhan kecil Lia bangun lalu pergi menunaikan solat.Di hujung solatnya dia memohon kepada Tuhan

“Demi kasih-Mu Ya Allah..berikanlah hidayah kepada suamiku untuk kembali kepada jalan-Mu dan bukakanlah hatinya untuk menerimaku sebagai isteri di sisinya.Amin..”

Air matanya menitis.Sesudah solat dia bergegas ke dapur untuk menyediakan sarapan.


Pukul 7.30am.Haris meneguk kopi susu panas yang disediakan untuknya.Nasi goreng di hadapanya tidak dijamah.Dia terus saja berlalu setelah menghabiskan minuman.Lia hanya mampu melihat suaminya berlalu.Sedangkan sebenarnya ingin sekali dia memeluk erat suaminya itu setiap kali keluar rumah sepertimana yang dianjurkan Rasulullah saw.Tapi suaminya tidak pernah mengizinkan.Hanya doa yang dapat dititipkan untuk mengiringi perjalanan suaminya.
Hari terasa begitu cepat berlalu.Sekejap saja malam sudah menjenguk.Haris masih termangu di meja kerjanya.Terasa berat sekali hatinya untuk pulang ke rumah.Lamunanya hambar pabila mendengar suara Fadli yang berdiri di muka pintu.
“Hai….mengelamun panjang nampak.OT ?” Katanya sambil melangkah masuk.
“Tidak.Kau belum pulang?” Soal Haris kembali.
“Aku tahu kau nak cerita sesuatu pada aku kan.so,aku tunggu.Kata-kata Fadli membuat Haris tertawa kecil.
“Entahlah Fad.Kaki aku rasa berat sekali mahu bergerak pulang.”
“Kakimu malas kerana hatimu tak ingin jumpa Lia bukan.” Fadli dapat menduga apa yang dirasakan sahabatnya itu.Haris menunduk.Ternyata apa yang dikatakan Fadli sahabat baiknya juga penolong eksekutifnya itu sememangnya persis seperti apa yang ada difikirkanya.
“Lia itu isteri kau,ris.Apapun,dia itu sudah menjadi amanahmu.Kau cubalah untuk mendekati dia,bemesra dengan dia,lama-lama nanti mesti kau suka.Lagipula bagi aku dia itu cantik.Lemah lembut.Nasib baik dah jadi hak mu kalau belum akupun nak juga.”
“Kau nak ambil.Ha! kau ambil ni.” Kata Haris sambil menunjukkan buku limanya.Kemudian mereka tertawa.Kuza yang melihat dari luar masuk keruangan itu.
“Abang belum pulang?” Soalnya.
“Belum Za.Boleh Za temankan abang?” Pinta Haris.
“Sudah tentu.” Jawabnya dengan mengukir senyuman manis di bibir munggil.Melihat kehadiran Kuza,Fadli segera ingin berlalu pulang.
Malam itu mereka ke taman lagi.Satu-satunya kerusi yang masih kosong di tepi tasik itu seakan menunggu kedatangan mereka.Mereka ingin menjadikan malam itu seperti malam-malam indah yang mereka lalui sebelumnya.Gandingan tangan mesra sambil menyuap aiskrim coklat,ditemani kelipan ribuan bintang dan hembusan angin lembut.Suasana yang amat membahagiakan bagi pasangan yang sedang jatuh cinta.Meskipun dia tertawa mesra tapi jiwanya tidak merasakan kebahagiaan seperti yang mereka rasakan sebelumnya.Kuza sendiri masih dapat melihat garisan suram pada wajah kekasihnya itu.Dia tidak ikhlas untuk bahagia dengannya malam ini.
“Za tengok abang tak gembira dengan Za malam ni.”Kata Kuza.
“Abang tak gembira kerana abang tak dapat menggembirakan Za.” Balas Haris.Dia menyambung lagi.
“Sepatutnya sekarang Kuzalah yang menjadi isteri abang.Yang menemani abang.Yang bermesra bersama abang.Kuza yang abang cintai,bukan Lia.” Nadanya sedih.Tangan Kuza digapai.Jari-jemari mereka saling merangkul erat.
“Kalau begitu nikahi Za.Sepertimana yang abang janjikan pada Za dulu.Dengan itu abang sudah cukup membahagiakan Za.”
Haris sedikit terpana dengan ucapan spontan Kuza itu.Sebenarnya itulah yang dia ingin lakukan sejak dulu.tapi entah mengapa seperti ada sesuatu yang menghalang perasaanya untuk berkata ‘Ya’.Dia hanya tersenyum lantas memeluk wanita di hadapanya itu.
            Tiga hari berlalu.Kata-kata Kuza masih terngiang-ngiang di telinganya.Akhirnya dia mengambil keputusan untuk memberitahu Lia mengenai hasratnya itu.Kondisi rumah tangga yang dibinanya bersama Lia tidak pernah kunjung bahagia maka dia yakin Lia akan terbuka untuk mengizinkan pernikahanya dengan Kuza.Hari itu dia pulang ke rumah untuk makan tengahari.Lia hairan.Selama ini tidak pernah Haris pulang pada waktu ini apalagi untuk makan tengahari bersamanya.nasib baik hari itu dia masak lebih.Kedatangan Haris saat itu betul-betul membuat dia berteka-teki sendiri.Hatinya tertanya-tanya apa sebenarnya tujuan suaminya balik siang itu.
            Haris memandang Lia seketika sebelum bersuara.
            “Abang mau menikahi Kuza.” Kata-kata spontan yang keluar dari bibir suaminya itu membuat hati Lia tersentak.Lia memandang wajah Haris.Mata mereka bertentangan agak lama.Kemudian Lia menunduk.
            “Maafkan Lia abang.Lia tak rela.” Setitis air matanya tumpah membasahi pipi.
            “Kau harus setuju,Lia.Aku inginkan kebahagiaan dalam rumah tanggaku.Sejak kita bersama aku tak pernah merasa bahagia.Sedangkan seorang isteri itu dikurniakan adalah untuk merasa senang dan bahagia bersamanya,Itu kata Rasulullah.Kau sepatutnya lebih tahu itu.”
            “Tapi Lia sudah menjalankan tanggungjawab Lia sebagai isteri sakinah.Hanya abang yang tidak mahu menyempurnakan tanggungjawab itu.”
            “Kerana aku tidak mencintaimu!”
            “Lalu kenapa abang menikahi Lia?!”
            “Kerana….” Belum sempat dia menghabiskan kata-kata tiba-tiba pintu rumahnya diketuk.
            “Assalamulaikum.” Itu suara ibunya.
            “Walaikumsalam.” Jawab Haris.Pintu rumah dibuka.
          "Kenapa Haris? kenapa Lia menangis?” Soal ibunya.
            “Haris mahu menikahi Kuza,umi.”
            “Astaghfirullah.Apa yang kau cakap ni Haris? Kenapa kau mahu menzalimi isterimu?”
            “Haris bukan mahu menzalimi Lia.Tapi kerana Haris tak bahagia umi.Haris inginkan kebahagiaan dalam rumah tangga Haris dan itu hanya bila Haris bersama dengan  Kuza bukan Lia.”
 Kejujuran Haris terhadap ucapanya itu semakin menghancurkan hati Lia.Semakin deras juga butiran-butiran jernih yang jatuh ke pipinya.Semakin tesedu-sedu dia.Dia merasa sangat terbuang oleh keterusterangan suaminya itu.Suasana sepi seketika.Hanya suara tangisan yang mengisi ruangan itu.Haris segera menggapai kunci kereta di atas meja lalu melangkah keluar.Dia tidak sanggup untuk menunggu lama dalam suasana emosional seperti itu.Dia tidak suka melihat dua wanita itu menangis kerananya.Kereta meluncur laju sebaik saja enjin dihidupkan.
            Malam semakin larut.Lia duduk termangu di ruang tamu menanti kepulangan suaminya yang tak juga kunjung tiba.Lia ingin menyatakan sesuatu kepada Haris.Sesuatu yang penting.Sesuatu yang mungkin Haris inginkan selama ini.Perkara yang diungkapkan Haris siang tadi sudah difikirkannya masak-masak.Dia sudah mengambil solusi untuk menghuraikan pertengkaran dan kekusutan antara mereka selama ini.Lia melihat jam di dinding.Sudah hampir tengah malam.Kemudian matanya beralih ke telefon yang ada di tepi.Hatinya terdetik untuk menelefon Haris.Dia cuba,tapi tidak diangkat.
            Haris membawa diri kesebuah pub yang tidak asing baginya.Dia sudah sering mengunjungi tempat itu bersama kekasihnya sejak dulu hingga kini walaupun kini dia telah berstatus sebagai suami Lia.Di sini tempat dia bergembira.Tempat dia berasmara.Malam itu dia tidak ditemani oleh Kuza.Dia mengambil tempat di satu sudut ruangan itu.Rokok L.A dihisap penuh nikmat.Dia mahu  merasakan setiap aliran asap rokok yang melalui lorong toraksnya ke saluran bronkul dan bronkotus sebelum sampai ke paru-paru lalu menyebarkan nikotin.Sinaps menghantar impuls ke otak untuk di tafsirkan dan hasilnya dinikmati oleh Haris.Kemudian dia menghembus perlahan.Berkepul-kepul asap keluar dari hidung dan mulutnya.Suasana yang diwarnai dengan lampu warna-warni serta bunyi muzik yang membingitkan telinga langsung tidak membuatnya semakin tertekan.Malah dia terasa tenang melihat pelbagai gelagat manusia di pub itu.Ada yang menari,berpelukan,menikmati minuman ada juga yang hanya bersembang sambil menghisap rokok.Apa yang pasti semuanya akan mengundang kemurkaan Allah.Majoriti gadis-gadis cantik dan seksi ditemani lelaki-lelaki yang sudah separuh abad berperut boroi tapi berpket tebal.
            Ditengah-tengah gerombolan manusia yang sedang leka menari,mata Haris tertangkap kelibat seseorang yang seakan amat dikenalinya.Diamati wajah itu betul-betul.Alangkah terkejutnya dia apabila melihat Kuza sedang leka menari berpelukan mesra dengan seorang lelaki.Darahnya tiba-tibanya memuncak tapi dia tidak menghampiri Kuza.Dia segera meninggalkan tempat itu.Perasaanya betul-betul terpukul dengan apa yang dilihatnya.Dia sangat kecewa dek pegkhianatan yang dilakukan oleh wanita yang amat dicintainya.
            “Mungkin inilah hikmah mengapa hubunganku terhalang oleh orang tua.” Dia bermonolog sendiri.Tiba-tiba wajah Lia muncul di benaknya.Rasa penyesalan menghambat jiwanya.
            “Maafkan abang,Lia...maafkan abang…” Bisik hati kecilnya.Kini dia sedar Lialah yang terbaik untuknya.Lialah permata.Lialah penyejuk hatinya.Dia amat menyesal kerana tidak menyedari hal itu sejak dulu.Dia segera ingin pulang ke rumah.Saat ini dia ingin sekali menemui Lia.Ingin meminta maaf padanya.Kereta dipandu dengan kelajuan 120km/j agar lebih cepat sampai.
            Setibanya di rumah dia segera memanggil isterinya.
            “Lia….Lia…” Nadanya lembut.Tapi tidak ada yang menyahut.Dia semakin gusar.Dia memanggil berkali-kali tapi masih tidak ada jawapan.Seluruh rumah dia mencari tapi kelibat Lia juga tidak kelihatan.Dia bingung.
            ‘Kemana isteriku?’ Hatinya bertanya.Dia menuju ke kamar tidur.Di atas meja rias ada sekeping surat yang ditinggalkan.Haris mengambil surat itu lalu membacanya.
           
‘Suamiku sayang…
Maafkanlah diri ini kerana tidak dapat membahagiakan abang selama pernikahan kita.Maafkanlah Lia kerana hanya menjadi pencetus kesedihan dalam jiwa dan raga abang.Sesungguhnya Lia telah berusaha untuk menjadi isteri yang baik untuk abang.Meski hati Lia turut kecewa kerana tidak pernah dianggap isteri.Hati Lia juga sakit kerana tidak pernah dihargai.Tapi Lia tetap bertahan kerana Lia percaya satu hari nanti hati abang akan terbuka untuk Lia.
Sayangku Haris..
Demi Allah,Lia sangat mencintai abang.Tapi mungkin cinta Lia tak seindah cinta Kuza pada abang dan tak sekuat cinta abang pada Kuza.Demi Allah juga,sesungguhnya Lia tidak mahu kita mengambil langkah yang paling dibenci Allah untuk menyelesaikan persengketaan perasaan antara kita.Tapi jika hingga kini abang masih tidak dapat menerima Lia sepenuhnya sebagai isteri abang,Lia rela.. Ceraikanlah Lia.Mungkin jalan ini sudah tertulis dalam takdir untuk kita memilihnya.Biarlah kita menjalani kehidupan dengan cara kita masing-masing.Lia akan sentiasa mendoakan kebahagiaan untuk abang.Semoga Allah memberikan hidayah untuk kita agar melalui kehidupan ini diatas landasan yang benar dan beriman.Maafkanlah segala kesalahan Lia selama ini.
                                                                                     
Sekian,wasalam
                                                                             .     
                                                                                        Nuralia Syakira

          Hancurlah hatinya setelah membaca surat itu.Titisan demi titisan air matanya jatuh membasahi warkah yang ada di tanganya.Ranaplah sebuah harapan bahagia yang baru diimpikan.Kekesalan yang amat dalam dirasakan di dalam lubuk hatinya.Dia menyesal kerana telah menzalimi isterinya.Dia sangat jahil kerana telah mensia-siakan isteri semulia Lia.Dia terduduk lemah di atas lantai dan menangis semahunya.Dalam keadaan kekecewaan yang dirasakan itu,fikiranya tetap ligat berfikir dimana harus mencari Lia.Dia bangun lalu menuju ke kereta.Dia tetap ingin menemui Lia malam itu walaupun dia tidak tahu ke mana harus pergi.
            Perasaannya sangat kacau.Fikiranya berkecamuk.Dia membawa Avanza putihnya meluncur dengan kelajuan yang tinggi.Pada persimpangan jalan lampu merah menyala.Dia tidak dapat mengawal kelajuan kereta lalu ‘booom!!!.Satu hentaman kuat dirasakan di seluruh tubuhnya.Kereta melambung ke udara sebelum jatuh terhempas dan terbalik di tengah lebuh raya.Air mata yang tadi membasahi wajahnya kini terganti dengan aliran darah merah yang tak henti mengalir .Dia terhimpit pada tempat duduknya dan wajahnya dipenuhi serpihan-serpihan kaca.Dia tidak mampu menggerakkan tubuhnya walau hujung jari sekalipun.Kesakitan yang amat sangat dirasakan kini sampai di ubun-ubun.Di celah-celah puluhan manusia yang mengelilinginya saat itu,dia melihat bayangan Lia. ‘Maafkan abang…maafkan abang…’ kata-kata itulah yang ingin sekali dia ucapkan kepada isterinya dan merupakan ungkapan akhir yang keluar dari bibirnya sebelum matanya tertutup rapat untuk selamanya.
           

            Seminggu sudah pemergian Haris kepada sang pencipta.Perasaan sedih yang mendalam masih menyelubungi hati Lia.Setiap malam dia masih menangis.Setiap malam dia masih berduka.Pemergian Haris disaat mereka sedang bertengkar,disaat Haris sedang marah kepadanya,disaat Haris tidak redha kepadanya,itulah yang sangat dikesali oleh Lia.Kenapa bukan setelah mereka saling memaafkan? Agar dia tidak terlalu terpukul oleh perasaan berdosa kepada suaminya.
Lia bangun lalu menuju ke kamar mandi.Setiap anggota tubuhnya dibasahi dengan air wuduk.Sehabis solat dia memanjatkan doa.
           
            “Dengan nama-Mu ya Allah…
Aku bersimpuh di hadapan-Mu dengan penuh rasa hina dan rendah hati.Tiada tempat selain Engkau tempatku mengadu dan bermohon.
            Ya Tuhanku…
Ampunilah setiap kekhilafan ku dan kekhilafan suamiku.Ampunilah segala kejahilan-kejahilan yang telah kami lakukan disepanjang lipatan usia yang telah kami jalani.Limpahkanlah rahmat dan keredhaan-Mu kepada roh suamiku.Tempatkanlah dia bersama orang-orang yang beriman.Sesungguhnya Engkau tuhan yang maha pengampun dan penerima taubat.
            Ya Rabbi…
Kuatkanlah aku untuk menjalani kehidupan ini.Kuatkanlah imanku agar terus berdiri di jalan keimanan kepada-Mu,dan lindungilah aku agar sentiasa berjalan di bawah payungan rahmat dan keberkatan-Mu sehingga aku kembali kepada-Mu.Sesungguhnya dari-Mulah aku datang dan kepada-Mu jua aku kembali.Amin…”

Mukanya ditekup perlahan.Air mata yang mengalir diusap lembut.Setelah melepaskan telekung dia merebahkan tubuhnya di atas katil.Gambar Haris yang ada di atas meja di tepi katil diambil dan dipeluknya erat.Matanya terasa berat.Seketika kemudian dia terlelap bersama gambar suami yang telah pergi untuk selamanya.




                                                                                      Hasil karya minda : Suriana Bakri
                                                                                      Email : Pu3ku_hana@yahoo.com.my