Search This Blog

Showing posts with label NUKILAN CINTA UNTUK KITA. Show all posts
Showing posts with label NUKILAN CINTA UNTUK KITA. Show all posts

Saturday, November 12, 2011

Mudahnya kaum wanita mendapatkan Redha Allah


Mudahnya kaum isteri mendapatkan Redha Allah.

Peluklah suami setiap kali dia hendak pergi. Kata Dr.Fadzilah Kamsah,mengikut kajian, memeluk suami sebelum keluar rumah dapat memanjangkan usianya. Percaya atau tidak, yang pasti hikmahnya  sangatlah besar. Pelukanmu akan membuat hati suami tenang dan gembira sepanjang hari. Walaupun dia pergi jauh, mindanya akan sentiasa mengingati kamu berkat pelukanmu tadi.

Hidangkan minuman untuk suami. Wanita yang menunggu suaminya hingga pulang, lalu ia bersihkan mukanya, lalu dia menyediakan makan minumnya, memandang pada suaminya dengan mesra, memegang tangannya, lalu menghiasi hidangan makanannya, memelihara anaknya, memanfaatkan hartanya untuk suaminya mencari keridhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya, tiap-tiap langkahnya dan setiap pandangannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas karunia rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nab

Sentiasa tersenyum pada suami. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan  penuh rahmat.

Jika wanita memijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memijat suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

Mencuci pakaian suami.wanita yang mencuci pakaian suami dan anak-anaknya akan mendapat 1000 kebaikan dan akan diampuni kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari matahari memintakan ampun baginya dan Allah SWT mengangkat derajatnya 1000 tingkat”.

Bila seorang suami pulang dengan gelisah dan isteri menghiburnya maka isteri mendapatkan 10 pahala jihad”,

Bermanja dan merendahkan suara dengan suami. Tahukah kamu, lelaki paling suka pada wanita yang manja. Rasul paling sayang pada isterinya Aisyah yang manja. Hati suami lentur bila mendengar suara manja isteri. Suami takkan sanggup marah pada isteri yang manja dan lemah lembut padanya. Suami takkan pernah murkah tapi sentiasa memberi redha.

Dari Hadrat Muaz ra.: Mana-mana wanita yang berdiri atas dua  kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu surga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

Wahai sahabatku, jika kau telah menikah, maka lepaslah sudah tanggungjawab orang tua terhadapmu. Mereka tidak lagi berhak mutlak ke atas dirimu, melainkan suami. Kini bahagia dan derita hidupmu terletak di tangan suami. Ketahuilah, saat ijab qabul telah di lafazkan maka seluruh jiwa raga mu hak mutlak suami. Redha Allah terhadapmu bergantung pada redha suami. Bersyukurlah,kerana kini kau lebih mudah meraih redha Ilahi hanya dengan berbakti kepada suami.

SalamUntukparaIsteri : pu3ku_hana

Thursday, November 10, 2011

"Pernikahan"...betapa aku merinduimu


Cerita  hati  seorang  wanita.
            Ku  belek  undangan  itu  berkali-kali. Sesekali  ku usap-usap  kemudian  kupeluk. Dalam  hati  aku berkata
            “ Alangkah  bahagianya  jika  namaku  yang  tercetak  dalam undangan  ini..”
Fikiranku  melayang  seketika. Di  saat  pernikahanku nanti, aku  mahu  memakai  gaun  kebaya  berkombinasi  warna  merah  putih  yang  aku  design  sendiri  untuk  acara  akad  nikah. Pada  malam persandingan  pula, orang-orang akan terpesona melihat aku dan pasanganku dengan gaun indah ala king and queen dalam cerita dongeng barby as a princess of swan lake.  Hai……saat  itu,pasti aku merasa  dunia  ini  bagai  aku  yang punya.
            Lamunanku  hambar  apabila  handphonku  berbunyi. Mesej  dari Nurry.
            “Jangan  lambat  ke  acara  pernikahan  ku  besok, ya.”  Isi  mesejnya.
 Aku  tidak  membalas. Langkahku  perlahan  menuju  ke  baranda  rumah. Menikmati  angin  petang  sambil  ditemani  hanya  secangkir  kopi  hangat. Di  situ, mataku  tertumpu  pada  sebuah  keluarga  yang  sedang  duduk  santai  di  halaman  rumah. Sepasang  anak  mereka  asyik  bermain  bola  manakala  pasangan suami  isteri   itu  pula  tak  lekang  berpegangan  tangan  sambil  tertawa  melihat  telatah  anak-anak. Sungguh  bahagianya  mereka. Dalam  hati  ini  tersimpan  satu  perasaan “Sungguh, aku ingin  seperti  itu.” Ramai  teman-temanku  yang  sudah  menikah. Dan  kini  mungkin  mereka  sedang  menikmati  saat-saat  seperti  apa  yang  ada  di  depan  mataku. Tapi  aku…..entah  bila. Hanya  Allah  yang  tahu.
            Hari  esok  pasti  akan  berlaku  satu  pertemuan  bak  reunion  di  pesta  pernikahan  Nurry  nanti. Dan  masa  itu  aku  sangat  tahu, soalan  itu  akan  menerpaku  lagi.
            “ Hai, Hana.Kau  bila  lagi? Jangan  lambat-lambat, nanti  tak  sempat.” Gelak  tawa  terpecah.
            “ Belum  ada  seru lagi. Mungkin  Tuhan  belum  izinkan.” Jawabku  ringkas. Padahal, andai  mereka  tahu  jeritan  batinku, betapa  aku  ingin  menikah. Aku  ingin  punya  suami. Aku  ingin  punya  anak. Oh, Tuhan.. Engkaulah  yang  lebih  mengerti.
            Setelah  beberapa  cerita  cintaku  berakhir  dengan  pedih, itu  tak  membuat  aku  untuk  berhenti  berharap. Berharap  seseorang  akan  datang  kepada  ku  untuk  memberi  cintanya, cinta  yang  tulus  dan  ikhlas. Akan  kami  kongsi  cerita  suka  dan  duka. Tidak  perlu  sebagai  seorang  kekasih  tapi  sebagai  seorang  suami. Agar  dapat  aku  menikmati  bahagia  bersamanya  dan  mencari  redha  Allah  dengan  berbakti  kepadanya. Jauh  di  dalam  lubuk  hatiku  bersuara
            “ Aduhai  “pernikahan”….betapa  aku  merinduimu…”

                                                                                    Karya hati : pu3ku_hana

Monday, November 7, 2011

Hati-hati bila sudah jatuh CINTA


~Hati-hati bila sudah jatuh cinta~
Jatuh cinta..berjuta rasanya… Yang paling indah itulah yang akan  kita  rasakan  pertama. Saat cinta bermula, semuanya  akan  dianggap  sempurna. Tiada  yang terburuk  dalam  dirinya. Di  hati kita   akan  sentiasa  berbunga  dan  Jiwa  berdetak  irama. Itulah CINTA. Indah seindah nama.. 
Selalunya, apabila  Cinta  sudah  bermaharaja  kebanyakan  kita  akan  jadi  lupa  dan  alpa. Minda  seolah   dijajah  dek  Emosi  dan  nafsu amarah yang  semakin  membelenggu jiwa. Maka  di sinilah ujiannya dari sang Maha memiliki Cinta. Manusia  bila  dalam  keadaan  alpa, dengan  mudah  Iblis juga datang menggoda.Merayu  dan  membisikkan  madah-madah  indah  untuk  si  pemuja  cinta.
Tetapi  bagi mereka yang menjujung tinggi sunnah Rasul dan Kalamullah insyaallah pasti takkan tergoyah. Namun  bahaya  bagi  mereka  yang  membiarkan  nafsu  cinta  menguasai  minda, takut-takut  dia  akan berkata
“yang salah itu biasa,yang dosa itu indah.”
Na’uzubillah…
Jangan sampai  kita termasuk dari golongan mereka .Cinta  itu  memang indah. Tapi biarlah indah kerana Allah! Berhati-hatilah  bila  sedang  jatuh  cinta. Jangan  biarkan cinta yang menguasai minda  kita, tapi  biarkan   minda   yang   mengawal   dan   menguasai   cinta.


-salamCinta,pu3ku_hana-