Search This Blog

Monday, November 28, 2011

Sejarah perkembangan 4 agama tertua di dunia


Sejarah perkembangan 4 agama tertua di dunia
Agama Islam
Islam adalah agama yang bertuhankan Allah yang Maha Esa.mempunyai 5 rukun islam dan 6 rukun iman yang wajib dijalankan bagi setiap umatnya. Kitab bagi umat Islam adalah Al-qur’an dan mempunyai 25 nabi yang wajib dipercayai. Hari raya bagi umat islam akan di rayakan pada setiap tanggal 1 syawal mengikut kalender islam.
Rukun Islam iaitu ;
Mengucap 2 kalimah syahadah,
Solat 5 waktu
Berpuasa di bulan Ramadhan
Membayar Zakat
Menunaikan Haji.
Manakala rukun Iman pula iaitu;
Percaya kepada Tuhan
Percaya kepada malaikat
Percaya kepada Nabi dan rasul
Percaya kepada kitab
Percaya kepada hari kiamat
Percaya kepada qadak dan qadar

Islam bermula dengan ajaran Nabi Muhammad saw di tempat kelahirannya Mekkah. Islam berkembang lebih maju setelah baginda berhijrah ke Madinah dalam tahun 622 M.Selama penyebaran dakwah beliau telah membuktikan bahawa Islam meliputi pembinaan suatu masyarakat merdeka, dengan sistem sendiri tentang pemerintahan, hukum, dan Lembaga Generasi Muslimanin pertama, telah menginsafi bahwa Hijrah adalah satu titik perubahan penting dalam sejarah. Merekalah yang menetapkan tahun 622 M sebagai permulaan takwin Islam baru.
Selepas kewafatan Nabi Muhammad saw perjalanan penyebaran agama Islam sedikit mundur.Namun di bawah kepimpinan para Khalifah yeng menggantikan Nabi Muhammad saw gelombang penaklukan bergerak dengan cepat di Arabia bagian Utara dan Timur, kerajaan Romawi Timur di Syirq al-Ardun dan kerajaan Persia di Irak. Selatan. Mengambil masa lebih kurang 10 tahun akhirnya mesir berjaya di gabungkan dalam kerajaan Islam Baru.Islam seterusnya terus tersebar luas oleh orang-orang Arab sampai ke Maroko, Spanyol, Perancis, pintu-pintu kota Konstantinopel, jauh ke Asia Tengah sampai ke Sungai Indus, hanya dalam 1 abad. Dua monument indah sekaligus bukti perkembangan dan konsolidasi Islam yPada tahun 660 M. ibu kota Kerajaan Arab dipindahkan ke Damsyik, tempat kedudukan baru Khalifang luar biasa pada zaman pemerintahan Khalifah adalah Masjid Raya di Damsyik dan Masjid Al-Aqsa di Darusalam.
Abad kesembilan dan kesepuluh Masehi menyaksikan puncak kemajuan peradaban Islam yang luas dan usaha-usaha yang berhasil. Kerajinan, perdagangan, kesenian bangunan, dan beberapa kesenian yang kurang penting, berkembang dengan subur waktu Persia, Mesopotamia, Siria, dan Mesir, memberikan sokongan mereka dalam usaha serentak.
Kegiatan-kegiatan baru ini menumbuhkan kehidupan intelektual. Sedang ilmu pengetahuan agama berkembang pada beberapa pusat baru terbesar dari Samarqand sampai ke Afrika Utara dan Spanyol, kesusasteraan dan pikiran dengan menggunakan sumber-sumber Yunani, Persia, dan juga India, melebar ke jurusan baru, seringkali bebas dari tradisi Islam dan banyak sedikitnya memberontak terhadap kepicikan dan kesempatan sistem kuno. Dengan dorongan perluasan kaki langit alamiah, kecerdasan pikiran, keduniawian, dan kerohanian, saling pengaruh mempengaruhi dengan hebatnya.
Sejarah dan ilmu bahasa, melebar hingga meliputi sejarah duniawi dan kesusasteraan. Ilmu kedokteran dan ilmu pasti Yunani disediakan dalam perpustakaan buku-buku terjemahan dan dikembangkan oleh sarjana Persia dan Arab, khusus ilmu Aljabar, ilmu ukur segitiga, dan ilmu optik (penglihatan). Ilmu berkembang pada seluruh cabangnya, di bidang politik, organik, matematik, astronomik, ilmu alam, dan pesiar, meluas demikian jauh hingga meliputi negara-negara dan peradaban bangsa di seluruh dunia.
.Mulai abad kesebelas Masehi, ilmu Sufi mengerahkan kebaktian sebagian besar kegiatan kerohanian umat Islam, dan mendirikan suatu sumber pembaharuan kepribadian yang sanggup mempertahankan tenaga kebatinan selama abad-abad sesudahnya penuh dengan kemerosotan politik dan perekonomian.
Para ahli Sufi, baik sebagai penyiar perseorangan maupun (di kemudian hari) sebagai anggota dalam gabungan tarekat merupakan pemimpin dalam tugas mengislamkan orang penyembah berhala, yang tidak beragama, dan suku yang hanya tipis sekali pengislamannya. Penyebaran agama berhasil ialah terbanyak oleh kawan sebangsa sendiri dari suku-suku tersebut yang biasanya kikuk, buta huruf, dan kasar. Merekalah yang meletakkan dasar-dasar yang memungkinkan generasi kemudian menerima keadaban hukum syariat dan tauhid yang lebih halus. Berkat pekerjaan mereka, maka dalam abad-abad berikutnya,

Saturday, November 12, 2011

Mudahnya kaum wanita mendapatkan Redha Allah


Mudahnya kaum isteri mendapatkan Redha Allah.

Peluklah suami setiap kali dia hendak pergi. Kata Dr.Fadzilah Kamsah,mengikut kajian, memeluk suami sebelum keluar rumah dapat memanjangkan usianya. Percaya atau tidak, yang pasti hikmahnya  sangatlah besar. Pelukanmu akan membuat hati suami tenang dan gembira sepanjang hari. Walaupun dia pergi jauh, mindanya akan sentiasa mengingati kamu berkat pelukanmu tadi.

Hidangkan minuman untuk suami. Wanita yang menunggu suaminya hingga pulang, lalu ia bersihkan mukanya, lalu dia menyediakan makan minumnya, memandang pada suaminya dengan mesra, memegang tangannya, lalu menghiasi hidangan makanannya, memelihara anaknya, memanfaatkan hartanya untuk suaminya mencari keridhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya, tiap-tiap langkahnya dan setiap pandangannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas karunia rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nab

Sentiasa tersenyum pada suami. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan  penuh rahmat.

Jika wanita memijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memijat suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

Mencuci pakaian suami.wanita yang mencuci pakaian suami dan anak-anaknya akan mendapat 1000 kebaikan dan akan diampuni kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari matahari memintakan ampun baginya dan Allah SWT mengangkat derajatnya 1000 tingkat”.

Bila seorang suami pulang dengan gelisah dan isteri menghiburnya maka isteri mendapatkan 10 pahala jihad”,

Bermanja dan merendahkan suara dengan suami. Tahukah kamu, lelaki paling suka pada wanita yang manja. Rasul paling sayang pada isterinya Aisyah yang manja. Hati suami lentur bila mendengar suara manja isteri. Suami takkan sanggup marah pada isteri yang manja dan lemah lembut padanya. Suami takkan pernah murkah tapi sentiasa memberi redha.

Dari Hadrat Muaz ra.: Mana-mana wanita yang berdiri atas dua  kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu surga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

Wahai sahabatku, jika kau telah menikah, maka lepaslah sudah tanggungjawab orang tua terhadapmu. Mereka tidak lagi berhak mutlak ke atas dirimu, melainkan suami. Kini bahagia dan derita hidupmu terletak di tangan suami. Ketahuilah, saat ijab qabul telah di lafazkan maka seluruh jiwa raga mu hak mutlak suami. Redha Allah terhadapmu bergantung pada redha suami. Bersyukurlah,kerana kini kau lebih mudah meraih redha Ilahi hanya dengan berbakti kepada suami.

SalamUntukparaIsteri : pu3ku_hana